24.1 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Taiwan: Pembekal Cip Iphone Disekat China

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Taipei: Apple telah mengarahkan agar semua penghantaran dari Taiwan ke tanah besar China mematuhi segala peraturan kastam China dengan ketat. Arahan tersebut dikeluarkan selepas lawatan oleh ahli parlimen kanan AS, Nancy Pelosi ke Taipei baru-baru ini yang mencetuskan kebimbangan peningkatan halangan perdagangan.

China telah mula menguatkuasakan semula peraturan lama yang ketat ke atas semua alat ganti atau komponen buatan Taiwan mesti dilebalkan sebagai dibuat sama ada di ” Taiwan, China” atau “Chinese Taipei”. Peraturan penglabelan ini dikuatkuasakan semula adalah supaya mereka menggambarkan Taiwan merupakan sebahagian daripada wilayah Republik Rakyat China.

Syarikat gergasi teknologi A.S, Apple, telah menggesa pembekal untuk menangani perkara tersebut dengan segera untuk mengelakkan sebarang kemungkinan dari segi gangguan bekalan di tahan disebabkan oleh tidak mengikut peraturan yang dikuatkuasakan oleh kastam China.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple Tim Cook melawat kilang Luxshare-ICT, tempat AirPod dan aksesori Apple lain dipasang.

Ianya merupakan waktu yang genting untu Apple kerana pembekalnya sedang menyediakan komponen untuk iPhone dan produk baharunya yang lain dan bakal dilancarkan pada musim luruh ini.

Penguatkuasaan peraturan ini telah menimbulkan dilema kepada negara pembekal komponen Apple itu kerana negara tersebut telah ditadbir secara demokrasi tanpa campur tangan tanah besar China.

Beijing masih menganggap Taiwan merupakan sebahagian daripada wilyahnya. Lawatan diplomatik rasmi oleh pegawai kanan AS, Speaker Dewan Pelosi baru-baru ini ditentang keras oleh pihak China dan akibatnya negara tersebut menguatkuasakan semula peraturan lama eksport kepada Taiwan.

Untuk mengelakkan sebarang gangguan rantaian bekalan, Apple telah meminta agar pembekal untuk membentuk kontingensi dan meminda label mereka dengan segera pada karton dan borang untuk penghantaran dari Taiwan ke China jika perlu.

Peningkatan pengawasan penghantaran dari Taiwan ke China berlaku sehari selepas seorang eksekutif kanan Pegatron dan pemimpin industri cip Taiwan yang lain bertemu dengan Pelosi di Taipei pada majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Presiden Tsai Ing-wen.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini