22.8 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Touch ‘n Go Kini Tampil Dengan Teknologi NFC

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

26 Mei 2022 yang lalu, pengguna touch ‘n Go eWallet telah menerima pemberitahuan bahawa kad Touch ‘n Go yang dipertingkatkan dengan teknologi NFC (Near Field Communication) , boleh dibeli semula melalui aplikasi tersebut sementara stok masih ada.

Pesanan kad tersebut melalui aplikasi akan dikenakan bayaran sebanyak RM 15 termasuk kos penghantaran. Selepas pesanan dan pengesahan pembelian dibuat, pengguna boleh menyemak status pesanan mereka melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Penghantaran untuk setiap pesanan mungkin mengambil masa sehingga empat hari bekerja dari tarikh pembelian menurut halaman sokongan aplikasi tersebut. Ia turut menyatakan bahawa, buat masa ini penghantaran terhad hanya kepada Semenanjung Malaysia.

Kad Touch ‘n Go baharu ini dilengkapi dengan teknologi NFC. Dengan adanya teknologi NFC ini membolehkan pengguna untuk mengisi semula kad mereka secara terus daripada Touch ‘n Go eWallet mereka. Syarikat tersebut turut menyatakan features ini tidak tersedia untuk kad TNG generasi sebelumnya.

Untuk menambah nilai kad ini, pengguna hanya perlu meletakkan kad ini pada belakang telefon pintar mereka dan boleh menyemak baki kad melalui aplikasi.

Sumber gambar: SoyaCincau

Permintaan terhadap kad ini dijangkakan akan melebihi bekalan berikutan kekurangan bekalan cip yang berlaku pada dunia menurut kenyataan dari syarikat Touch ‘n Go. Selain itu, pengguna yang ingin membeli kad ini disarankan agar membuat pembelian terus daripada saluran rasmi Touch ‘n Go. Terdapat laporan mengenai isu penjualan daripada Scalper yang menawarkan harga kad sehingga RM 90 di platform e-dagang yang tersedia.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini