22.8 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Visa Creator Program – Bantu Karyawan Menguasai NFT

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

7 April 2022 – Visa telah melancarkan sebuah program yang dinamakan sebagai Visa Creator Program (Program Karyawan Visa).

Program tersebut merupakan sebuah inisiatif dalam membantu karyawan seni dalam dunia digital untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui non-fungible token (NFT).

Program ini akan menyokong sekumpulan usahawan terpilih yang ingin menambah pengetahuan mereka berkaitan teknologi dan platform yang menyokong perdagangan NFT ini.

Sumber gambar: Visa

Selain itu, Visa Creator Program turut menyokong ekonomi karyawan digital yang merupakan salah satu kategori perniagaan kecil pantas berkembang dan dianggarkan saiz pasaran bernilai melebihi USD100 bilion.

Terdapat kira-kira 50 juta karyawan telah menerbitkan hasil seni mereka dan dijadikan sumber pendapatan secara sepenuh masa atau sambilan.

Program ini bertujuan menyokong karyawan dam lima bidang yang menjadi tumpuan:

  • Bimbingan teknikal dan produk: Bimbingan daripada pasukan produk kripto dan pimpinan strategi Visa untuk merangkumi pelbagai topik, termasuk menilai ciri-ciri asas rangkaian Blockchain, kontrak pintar dan pasaran NFT.
  • Membina Komuniti: Peserta berpeluang untuk bertukar-tukar idea dan mencari idea dalam penyelesaian masalah berkaitan NFT bersama komuniti pencipta dalam pelbagai peringkat perjalanan NFT mereka.
  • Berpeluang mendapatkan pandangan daripada tokoh pemikir: Mendengar secara terus pandangan daripada ahli-ahli fikir terkemuka dan juga penyelidik yang terlibat dalam perdagangan digital, web 3.0, kripto dan pembayaran.
  • Pendedahan kepada pelanggan dan rakan niaga Visa: Berpeluang untuk berhubung dengan syarikat-syarikat di seluruh rangkaian pelanggan dan rakan niaga Visa.
  • Pemilikan geran: Pemberian geran daripada pihak Visa diberikan kepada peserta untuk membantu pencipta memulakan fasa pertumbuhan seterusnya.
- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini