27.3 C
Malaysia
Wednesday, April 24, 2024

M1NTED: Festival NFT Terbesar Di Kuala Lumpur

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Non-Fungible Token (NFT) kini semakin hangat menjadi bahan bualan rakyat di Malaysia. Oleh itu, M1NTED, festival NFT terbesar akan diadakan pada 4 dan 5 Jun 2022, di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Festival ini akan dianjurkan oleh pemenang anugerah kreatif dan inkubator perniagaan berasaskan di Asia Tenggara, The Livescape Group. Festival ini turut menyediakan ruang persidangan dan ruang pameran sepanjang festival ini berjalan.

Dalam festival ini juga akan mempamerkan banyak karya seni seperti gambar, video, muzik, teks dan termasuk juga tweet yang ditukar dijadikan NFT. Pameran ini akan menarik lebih banyak minat orang ramai terhadap aset digital tersebut.

Antara objektif utama M1NTED ini diadakan adalah untuk memupuk minat dan menambah pengetahuan orang awam untuk lebih memahami tentang aset digital tersebut.

Selain itu, di M1NTED ini turut menampilkan beberapa barisan panel perbincangan untuk membincangkan tentang cara bagaimana NFT dapat membantu memacu seni, permainan, muzik dan banyak lagi.

M1NTED juga akan mempamerkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan sepanjang festival ini berjalan.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini