22.9 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Wabak Corona Bukan Tandingan Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un

Mesti Baca

Kim Jong Un, Pemimpin Korea Utara, mengisytiharkan kemenangannya dalam melawan wabak coronavirus lalu memerintahkan penarikan langkah anti-wabak maksimum yang dikenakan pada Mei, kata media kerajaan pada Khamis.

Korea Utara tidak mendedahkan berapa banyak jangkitan virus yang disahkan di negara itu, tetapi sejak 29 Julai tiada kes baru yang dilaporkan.

Kim berkata bahawa Korea Utara akan mengekalkan dan memperkuatkan langkah-langkah untuk melawan krisis global coronavirus ini, menurut laporan oleh agensi berita negara, KCNA.

Penganalisis berkata walaupun Kim telah menggunakan wabak itu untuk mengetatkan kawalan sosial, pengisytiharan kemenangannya boleh menjadi permulaan untuk memulihkan perdagangan yang telah disekat ketika permulaan wabak global coronavirus ini.

Pemerhati juga berkata ia mungkin membuka jalan bagi Korea Utara untuk menjalankan ujian senjata nuklear buat kali pertama sejak 2017.

Kadar kematian rasmi Korea Utara sebanyak 74 orang adalah “keajaiban yang belum pernah terjadi sebelumnya” berbanding negara lain, lapor KCNA, memetik seorang pegawai lain.

Korea Utara menyesahkan yang sebanyak 392,000 orang dilaporkan mengalami gejala demam yang teruk, mendorong pakar kesihatan untuk memberi amaran akan krisis yang mungkin tidak dapat dielakkan.

Tanpa data yang mencukupi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menimbulkan keraguan terhadap dakwaan Korea Utara yang mengatakan bulan lalu ia percaya keadaan semakin buruk, bukan lebih baik.

Pyongyang menyistiharkan kemenangan terhadap wabak covid walaupun tiada program vaksin dilakukan. Ini kerana negara itu berkata ia lebih bergantung kepada rawatan perubatan tempatan.

Antara langkah-langkah yang dilakukan oleh Korea Utara adalah dengan menjalankan pemeriksaan perubatan intensif di seluruh negara, dengan ujian PCR harian ke atas air yang dikumpulkan di kawasan sempadan.

Ia juga berkata ia telah membangunkan kaedah baharu untuk mengesan virus dan variannya dengan lebih baik, serta penyakit berjangkit lain, seperti cacar monyet.
Kim Yo Jong, Kakak Kim, berkata pemimpin Korea Utara itu sendiri mengalami gejala demam, dan menyalahkan risalah dari Korea Selatan yang menyebabkan wabak itu, lapor KCNA.

“Walaupun dia sakit tenat dengan demam panas, dia tidak boleh berehat memikirkan rakyat yang perlu dijaganya dalam memerangi wabak global ini,” kata Kim Yo Jong dalam ucapan memuji usaha beliau.

Pada hari Khamis, Kementerian Penyatuan Korea Selatan berkata dalam satu kenyataan bahawa ia mempunyai “penyesalan yang kukuh” terhadap Korea Utara “berulang kali membuat tuduhan tidak berasas” tentang bagaimana Covid-19 telah tiba di negara itu.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini