27.8 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Mudahnya Membeli Belah Dengan Apple Pay

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Kuala Lumpur: Visa Inc telah bekerjasama dengan Ambank, Maybank dan Standard Chartered untuk membawakan perkhidmatan pembayaran Apple Pay kepada semua pemegang kadnya di Malaysia. Untuk pengguna American Express, ianya akan ditambah kedalam senarai bank yang menyertai Apple pay pada akhir tahun ini.

Beberapa nama besar perniagaan telah menawarkan Apple pay sebagai pilihan pembayaran termasuk KFC, Maxis, Machines, McDonald’s, Mydin, Pizza Hut, Starbucks, U Mobile, Uniqlo, Village Grocer dan Watsons. Selain itu, beberapa aplikasi besar dan website seperti Shopee, Sephora, Atome dan Adidas turut menwarkan pilihan pembayaran ini.

Untuk menggunakan Apple Pay di kedai fizikal, pelanggan hanya perlu letakkan peranti Apple seperti iPhone, Apple watch atau produk Apple yang lain pada terminal tanpa sentuh dan sahkan menggunakan Face ID atau Touch ID.

Sumber gambar: Business Insider.com

Manakala untuk membuat pembelian di Safari pula, anda tidak perlu membuat akaun, masukkan PIN, mengisi borang yang panjang atau menaip maklumat penghantaran dan pengebilan berulang kali.

Setiap pembayaran boleh disahkan hanya dengan Face ID atau Touch ID.

Perkhidmatan pembayaran Apple Pay merupakan kaedah yang selamat dan privasi adalah teras Apple Pay. Setiap maklumat peribadi, data transaksi dan maklumat kad kredit atau debit adalah dibawah perlindungan penerjau industri tersebut.

Pengurus Visa Inc Malaysia, Ng Kong Boon berkata, penggunaan pembayaran digital telah berkembang pesat sepanjang dua tahun lepas. Hal ini, telah mempercepatkan peralihan Malaysia untuk menjadi masyarakat tanpa tunai.

Beliau turut menambah, ciri keselamatan yang tinggi, privasi dan pengalaman tanpa PIN yang ada pada Apple Pay akan mendapat sambutan yang menggalakkan oleh pengguna-pengguna peranti Apple di Malaysia.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini