32.8 C
Malaysia
Friday, April 19, 2024

Kerjaya Dalam “Financial Instrument Industry”

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Pedagang yang telah memulakan langkah pertama dalam industri ini kebiasaanya akan berhadapan dengan 2 cabaran besar iaitu proses pembelajaran yang mengambil masa yang agak panjang dan juga untuk menghasilkan keuntungan secara konsisten untuk jangka panjang.

Menjadi seorang trader itu merupakan satu kerjaya sama seperti kerjaya-kerjaya lain diluar sana. Untuk membina sesuatu kerjaya itu memerlukan ilmu namun dalam industri ini tidak ramai yang mendapat pendedahan ilmu yang secukupnya. Kebanyakan pedagang mengenali industri ini sama ada melalui iklan di media sosial atau atas saranan rakan.

Sebaik kenal dengan industri, fokus pedagang adalah kepada “making money” kerana itu maklumat pertama yang mereka telah di dedahkan. Nampak mudah, hanya ada “buy” atau “sell”. Pada peringkat permulaan, mungkin ada keuntungan dapat dihasilkan tetapi lebih kepada “beginner’s luck” atau nasib pemula. Tetapi keuntungan yang terhasil dari perkataan nasib itu kebiasaannya tidak akan kekal lama. Peringkat seterusnya pedagang akan mula berhadapan dengan kerugian demi kerugian dan ini akan menyebabkan pedagang lebih tertekan.

Hasil dari kerugian ini akan mendorong pedagang untuk mula mencari ilmu yang berkaitan dengan dagangan dan biasanya akan tertumpu kepada ilmu-ilmu teknikal yang lebih menjurus kepada di mana hendak masuk dan keluar posisi dagangan. Ini bukanlah satu kesalahan kerana sememangnya ilmu teknikal itu sangat penting tetapi jika tumpuan hanya diberikan kepada ilmu teknikal semata-mata, ianya masih jauh dari lengkap.

Disebabkan tiadanya kurikulum yang lengkap untuk dipelajari secara rasmi, fokus pedagang masih lagi kepada ilmu teknikal semata-mata. Mereka akan belajar dan mempraktikkan di akaun sebenar dan mungkin akan memberikan hasil yang baik pada peringkat permulaan tetapi lama-kelamaan keuntungan yang dihasilkan akan terhakis dengan hanya kerugian. Hasil dagangan yang tidak konsisten ini akan mendorong pedagang mula beralih kepada teknikal yang lain pula.

Dengan menggunakan teknik yang baru dipelajari, mungkin akan mendapat hasil pada peringkat permulaan tetapi pusingan yang sama akan mula berulang. Kerugian akan mula mendominasi hasil dagangan. Ini akan menyebabkan lebih banyak tekanan kepada pedagang dan tidak mustahil pedagang akan mula mengintai teknik yang lain pula untuk dipelajari.

Pusingan ini akan berulang-ulang sekiranya pedagang tidak mendapat pendedahan sebenar tentang industri. Dari sini wujudnya istilah “butterfly trader” kerana mereka berhijrah dari satu teknik ke teknik yang lain. Pada padangan saya, tiada pedagang yang mahu menghabiskan wang ringgit untuk belajar berbagai perkara tetapi kerana ketiadaan kurikulum menyebabkan pedagang tidak bermula dengan betul. Banyak perkara mereka “TIDAK Tahu Apa Yang Mereka TIDAK Tahu” dan ini adalah titik buta atau blindspotyang mereka perlu didedahkan. Dalam artikel-artikel akan datang, saya akan kongsikan “blindspot” ini secara berperingkat. 

Realitinya dalam industri ini, ada pedagang yang telah menceburkan diri lebih dari 10 tahun tetapi masih mencari rentak. Sebut sahaja apa teknik, mereka mungkin tahu tetapi kerana pengetahuan lain yang perlu digabungkan dengan teknikal tadi tidak dipelajari menyebabkan meraka gagal untuk mendapat hasil yang dikehendaki.

Namun ini bukan pengakhirannya, sebaiknya carilah ilmu yang perlu digabungkan dengan pengetahuan teknikal tadi. Tidak perlu cari jauh, nanti akan di kongsikan dalam www.radical.my secara berperingkat.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini