22.9 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Pembelajaran Pertama Seorang Trader

Mesti Baca

Pasti setiap dari anda pernah menonton filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang bertajuk Pendekar Bujang Lapok.

Saat mereka ingin memulakan pembelajaran ilmu persilatan dengan menyalin mentera yang dibaca oleh Pendekar Mustar.

Maka masing-masing menulis/melukis mengikut kefahaman masing-masing. Tapi kesudahannya, ketiga-ketiganya kena masuk kelas mengenal huruf di sekolah.

Apa yang kita dapat dari scene filem ini adalah, ilmu tidak boleh dipelajari sekiranya tidak mengikut aturan yang sepatutnya, biarpun mentera itu boleh dihafal tetapi Pendekar Mustar tetap menyuruh Ramlee, Sudin dan Aziz pergi ke sekolah.

Sumber Gambar: Perak Today

Maka apabila kita memilih untuk menceburi industri forex, dari kaca mata saya awalan ilmu ialah mengenal erti “KEHILANGAN“.

  • Kehilangan wang ringgit bila berhadapan dengan kerugian.
  • Kehilangan masa bila membuat analisa tetapi setup gagal (kena Stop Loss atau terpaksa Cut Loss).
  • Kehilangan pertimbangan bila mengalami kerugian atau sering gagal dalam analisa sehingga menjejaskan hubungan baik atau hubungan kasih sayang dengan insan sekeliling kita.

Sentiasa ingat keyword ini: DIRFT (Do It Right First Time)

Jadi tanya soalan ini pada diri anda bila membuat keputusan untuk menceburi bidang forex trading.

“Adakah aku benar-benar kuat dan bersedia untuk berhadapan dengan kehilangan? “

Jika mempunyai jawapan untuk soalan ini, mungkin anda sudah bersedia untuk menjadi seorang trader yang kental tanpa memikirkan “KEHILANGAN”.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini