23.3 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

6 Cara Mudah Dalam Menguruskan Kewangan

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Ramai yang akan mengalami masalah kewangan apabila tiba hujung bulan. Masalah ini selalunya timbul apabila seseorang individu itu gagal dalam merancang menguruskan pendapatan yang diperoleh setiap bulan dengan bijak.

Sikap berbelanja melebihi dari kemampuan menjadi antara punca utama dalam kegagalan pengurusan kewangan yang baik.

Masalah kewangan dan risiko dibebani hutang boleh menimpa sesiapa sahaja sekiranya individu tersebut tidak tahu menguruskan kewangan dengan berhemah.

Masalah ini kewangan ini masih boleh diubati sebelum ianya menjadi barah sekiranya seseorang itu berusaha untuk terus berdisiplin dalam pengurusan kewangan.

Berikut merupakan 6 tip yang boleh dijadikan dalam panduan dalam pengurusan kewangan yang bijak

1.Asingkan 10% daripada gaji bulanan sebagai simpanan

Simpanan sangat penting dalam pengurusan kewangan yang bijak. Hal ini kerana simpanan boleh menjadi pengganti pendapatan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk pada anda.

Wang simpanan ini juga boleh digunakan sebagai wang kecemasan. Sebagai contoh, jika keluarga anda mengalami musibah seperti kemalangan jika anda mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya ada boleh menggunakannya

2.Utamakan keperluan dari kemahuan

Membawa kepada tip kedua, anda perlu mengutamakan perbelanjaan keperluan asas dalam kehidupan daripada kemahuan diri.

Sebagai contoh anda perlulah bijak merancang perbelanjaan bulanan anda untuk keperluan asas terlebih dahulu sebelum menggunakannya untuk membeli apa yang menjadi kemahuan anda.

3.Berbelanja mengikut kemampuan diri

Berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri bukan mengikut tren atau mengikut apa pandangan orang lain terhadap diri kita.

Selain itu, elakkan berhutang untuk barang yang bukan menjadi keperluan diri kecuali untuk membeli barang yang tidak mampu dibeli secara tunai seperti kereta atau rumah.

4.Bebas dari hutang seperti kad kredit, pinjaman peribadi atau hutang-hutang lain yang sama dengannya

Hutang yang sebegini akan memberi impak yang besar dalam pengurusan kewangan anda sekiranya tidak berdisiplin dalam menguruskan pembayaran hutang-hutang ini.

Sebagai contoh pemilikan kad kredit juga memberi banyak kelebihan namun jika penggunaannya tidak dikawal atau tidak digunakan secara berhemah akan mengalami masalah dalam menguruskan kewangan anda di kemudian hari kerana kadar faedah yang agak tinggi.

5.Wujudkan akaun simpanan

Mewujudkan akaun simpanan dapat memudahkan anda dalam membuat simpanan bulanan.

Idea yang terbaik adalah membuat akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM supaya mengelakkan anda daripada menggunakan wang simpanan tersebut sesuka hati.

Sebagai contoh membuka akaun simpanan ASB yang hanya boleh membuat pengeluaran di kaunter bank sahaja.

6.Pemilikan polisi insurans atau takaful untuk diri sendiri dan keluarga

Pemilikan polisi insurans atau takaful sangat penting kerana dapat melindungi diri dan keluarga sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku kelak. Sebaiknya kita sediakan payung sebelum hujan.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini