23.3 C
Malaysia
Thursday, March 28, 2024

Kripto: Matawang Masa Depan

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Matawang kripto merupakan matawang digital atau virtual yang dilindungi oleh sistem kriptografi dimana membuatkan matawang ini hampir mustahil untuk ditiru atau digandakan.

Terdapat banyak matawang kripto yang terdesentralisasi “decentralised ” berasaskan rangkaian teknologi blockchain. Blockchain merupakan lejar teragih (distributed ledger) yang dilaksanakan oleh rangkaian komputer yang berbeza.

Matawang kripto ini tidak dimiliki oleh mana-mana pihak berpusat dan menjadikan matawang kripto ini secara teorinya kebal daripada mana-mana kuasa berpusat atau dimanipulasi oleh kerajaan.

Memahami Matawang Kripto

Matawang kripto merupakan matawang digital atau virtual yang berasaskan sistem kriptografi. Pembayaran secara dalam talian pada matawang kripto boleh dilakukan dengan selamat tanpa menggunakan pengantara pihak ketiga.

Kripto merujuk kepada pelbagai jenis algoritma penyulitan “encryption algorithms ” dan teknik kriptografi yang menjadi pelindung untuk entri ini seperti elliptical curve encryption, public-private key pairs, dan hashing functions.

Matawang kripto juga boleh dilombong atau membelinya pada pertukaran matawang kripto. Namun bukan semua tapak e-dagang membenarkan pembelian menggunakan matawang kripto ini.

Walau bagaimanapun, dengan peningkatan harga yang sangat tinggi untuk matawang kripto ini menyebabkan ianya menjadi instrumen dagangan yang sangat popular pada masa kini.

Jenis-jenis Matawang Kripto

Bitcoin merupakan antara matawang kripto yang terkenal dan bernilai. Bitcoin ini dicipta oleh seorang individu yang dikenali sebagai Satoshi Nakamoto dan memperkenalkan kepada dunia melalui kertas putih pada tahun 2008. Kini terdapat banyak matawang kripto yang telah wujud di dalam pasaran.

Setiap matawang kripto mempunyai fungsi dan spesifikasi yang berbeza. Sebagai contoh, Eter Ethereum digunakan sebagai gas untuk platfom kontrak pintar.

Berikutan kejayaan Bitcoin, kini telah banyak matawang kripto yang dikenali sebagai “altcoin” telah dilancarkan dalam pasaran. Sebahagian daripada matawang ini adalah klon kepada Bitcoin, manakala sebahagian yang lain merupakan matawang kripto yang baharu dibina seperti Solana, Litecoin, Ethereum, Cardano dan EOS.

Pada november 2011, dianggarkan nilai agregat untuk semua matawang kripto yang wujud telah mencecah lebih $2.1 trilion dan Bitcoin mewakili lebih kurang 41% daripada jumlah nilai tersebut.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini