22.6 C
Malaysia
Friday, October 7, 2022

Persediaan Asas Seorang Pedagang

Mesti Baca

Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Terdapat 2 persediaan yang perlu di lakukan apabila kita mahu melibatkan diri dalam Financial Instruments Trading iaitu ilmu pengetahuan dan modal.

Ilmu Pengetahuan

Asas setiap sesuatu ialah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan apa yang kita hendak lakukan. Tanpa ilmu yang betul kita mungkin akan berhadapan dengan banyak masalah. Ilmu akan dapat memberikan kita panduan apa yang perlu dilakukan secara berperingkat.

Ilmu boleh di perolehi dengan 2 cara:

  1. Ilmu yang dipindahkan melalui orang lain yang lebih berpengalaman.
  2. Ilmu yang diperolehi dengan cara membuat pemerhatian dan kajian sendiri.

Menjadi seorang pedagang dalam industri ini adalah merupakan satu kerjaya seperti kerjaya-kerjaya lain di luar sana.

Sekiranya kita mahu menjadi seorang Doktor, kita perlu belajar ilmu perubatan.

Sekiranya kita mahu menjadi seorang Peguam, kita perlu belajar ilmu perundangan.

Sekiranya kita mahu menjadi seorang Jurutera, kita perlu belajar ilmu kejuruteraan.

Proses pembelajaran untuk kerjaya-kerjaya diatas memerlukan masa antara 3 hingga 6 tahun dan semasa proses pembelajaran pula biasanya tidak ada pendapatan dapat dihasilkan, sebaliknya kita perlu memperuntukan kos untuk mendapatkan ilmu tersebut.

Setelah selesai proses pembelajaran sepanjang tempoh tersebut, biasanya kita tidak terus menjadi pakar dalam bidang yang dipilih. Kita akan bermula dari bawah untuk mempraktikkan teori yang di pelajari. Proses ini adalah proses praktikal dimana kita mula menggunakan asas yang di pelajari ke dalam dunia pekerjaan sebenar. Jadi tanpa teori mana mungkin kita dapat melakukannya. Kemahiran pula akan mula terbentuk dari masa ke semasa.

Proses yang sama perlu dilalui oleh seorang trader. Ianya satu proses yang memerlukan masa yang agak panjang dan bukannya seperti apa yang kita nampak di media sosial yang menjanjikan pulangan dalam masa yang singkat. Salah tanggapan yang berpunca dari media sosial yang memberikan gambaran yang salah tentang proses ini menyebabkan pedagang tidak memperuntukan masa yang cukup untuk belajar dan ini adalah salah satu penyebab kepada kegagalan ramai pedagang.

Proses menimba ilmu dan mempraktikannya untuk menjadi seorang pedagang yang mahir biasanya memerlukan antara 1 hingga 3 tahun bergantung kepada individu itu sendiri serta kaedah mendapatkan ilmu tersebut.

Sekiranya pedagang memilih untuk mempelajarinya dari seseorang yang telah mahir, mungkin masa yang diperlukan menjadi lebih singkat kerana pengajar tersebut telah mempunyai silibus pembelajaran yang telah disediakan.

Sekiranya memilih untuk melakukan kajian sendiri, masa akan menjadi lebih panjang kerana sebagai seorang pemula mungkin kita tidak tahu apa yang perlu dipelajari. Banyak perkara kita perlu buat dan baiki dari masa ke semasa.

Bagi yang memilih untuk mempelajarinya dari seseorang, pastikan dahulu apa yang bakal di ajar kepada kita kerana ilmu dagangan ini bukan semata-mata ilmu teknikal bagaimana untuk berdagang tetapi ia perlu merangkumi ilmu-ilmu yang lain, diantaranya :

  • Pengurusan risiko dan kewangan
  • Asas psikologi dan emosi
  • Pengurusan psikologi dan emosi
  • Penetapan hala tuju dalam industri untuk jangka panjang.
  •  Pembinaan dan pengujian SOP dagangan
  • Pengumpulan data dan statistik
  • Kaedah untuk merekodkan dagangan dan analisa data.

Ini hanya sebahagian darinya dan akan dikongsikan secara lebih terperinci dalam artikel akan datang untuk setiap proses di atas.

Secara asasnya, kita haruslah berusaha dahulu untuk memperolehi ilmu yang cukup sebelum mula berdagang. Ini kerana, anpa ilmu dan latihan yang mencukupi ia boleh merisikokan kita secara keseluruhan.

Sebesar mana modal yang kita ada sekalipun, tanpa ilmu yang mencukupi kita mungkin akan kehilangannya. Statistik menunjukkan 90% pedagang baru kehilangan 90% dari modal mereka dalam 90 hari pertama berdagang. Jadi, dapatkan ilmu yang secukupnya sebelum mula berdagang.

  • Artikel seterusnya

Persediaan Asas seorang pedagang – Modal

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini