Apa itu pasaran dan Instrumen kewangan?
Pasaran itu merujuk kepada “Pasar”, dimana berlakunya transaksi jual beli dijalankan. Contoh fizikal ialah pasar yang menjual barang keperluan seperti bahan mentah. Ia juga boleh dirujuk kepada sektor hartanah di mana berlakunya jual beli tanah.
Financial market (Pasaran kewangan) pula merujuk kepada urusan jual beli instrumen kewangan berdasarkan produk yang didagangkan seperti pasaran saham , komoditi dan juga tukaran matawang.
Saham biasanya didagangkan di bursa saham seperti Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), New York Stock Exchange (NYSE), London Stock Exchange (LSE) dan Hong Kong Stock Exchange (HKSE).
Pasaran Komoditi pula adalah pasaran kewangan dimana dagangan komoditi berlangsung. Contoh komoditi yang didagangkan ialah koko, soya, gula dan juga emas, tembaga dan minyak.
Foreign Exchange atau tukaran matawang dan lebih dikenali sebagai currency market atau forex market pula didagangkan secara global dan tidak berpusat dimana pertukaran antara dua matawang dilakukan melalui platform elektronik.
Dagangan saham, komoditi dan matawang ini telah berjalan agak lama tetapi menjadi popular sejak ianya dijalankan secara elektronik bermula tahun 70an. Seterusnya ia menjadi semakin popular selepas lebih banyak syarikat brokerage membuka peluang kepada retail trader dengan modal yang lebih kecil sejak tahun 90an.

Siapa yang terlibat dalam dagangan?
Mereka yang melibatkan diri dalam dagangan boleh dipecahkan kepada 2 kategori iaitu “Trader ” dan “Investor ”.
Mereka yang berdagang dengan mindset seorang trader biasanya akan melakukan transaksi yang lebih kerap untuk menjana keuntungan dari pergerakan naik turun pasaran yang aktif. Sasaran mereka biasanya adalah untuk jangka pendek. Terdapat banyak kaedah yang digunakan oleh mereka yang akan diterangkan dalam artikel akan datang.
Bagi mereka yang berdagang dengan mindset seorang investor pula biasanya sangat kurang jumlah transaksi kerana mereka akan melihat kepada keuntungan jangka panjang dan juga pulangan dalam bentuk dividen.
Bagaimana untuk bermula?
Pedagang perlu memilih jenis instrumen yang hendak didagangkan terlebih dahulu kerana tidak semua platform menyediakan semua instrument untuk didagangkan.
- Saham Tempatan (BSKL) – Perlu buka akaun CDS (Central Depositing System) dengan broker yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Saham Global – Perlu buka akaun dengan broker-broker yang menawarkan dagangan saham global.
- Pasaran Tukaran matawang – Perlu buka akaun dengan broker-broker yang menawarkan produk pertukaran matawang.
Perbezaan saham dan pertukaran matawang
Pasaran Saham | Pasaran Pertukaran Matawang |
Transaksi harian 150 Billion Hingga 210 Billion | Transaksi harian 5 Trillion hingga 7 Trillion |
Waktu dagangan berdasarkan waktu kerja harian biasa selama 5 hari seminggu | Waktu dagangan 24 jam sehari selama 5 hari seminggu |
Hanya di dagangkan sehala, beli ketika harga murah dan dijual apabila harganya meningkat | Boleh di dagangkan dua hala, naik dan turun pasaran |
Modal permulaan yang lebih tinggi | Modal permulaan yang lebih rendah |
Kadar komisyen broker yang lebih tinggi | Kadar komisyen broker yang lebih rendah |
Terdapat ratusan syarikat yang menawarkan saham | Kurang dari 30 matawang yang di tawarkan |
Instrumen kewangan manakah yang lebih sesuai untuk anda?
Kedua-dua instrumen diatas mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.
- Saham – Hanya boleh di dagangkan pada waktu berkerja sahaja.
Saham-saham di BSKL antara jam 8.30 pagi hingga 5 petang (waktu Malaysia)
Sesi Pertama | Pra-Pembukaan | 8:30 pagi |
Pembukaan dan Dagangan Berterusan | 9:00 pagi | |
Tutup | 12:30 tengahari | |
Makan tengah hari | ||
Sesi Kedua | Pra-Pembukaan | 2:00 petang |
Pembukaan dan Dagangan Berterusan | 2:30 petang | |
Pra-Penutupan | 4:45 petang | |
Tutup | 4:50 petang | |
Dagangan Akhir | 4:50 petang – 5:00 petang |
Saham-saham Global bergantung kepada di Bursa mana yang di pilih, antaranya.
Negara | Waktu Malaysia | Bursa |
USA | 10.30 pm – 5.00 am | NYSE, Nasdaq,Amex |
UK | 4.00 pm – 12.30 am | LSE |
Hong Kong | 9.30 am – 4.00 pm | HKEX |
Australia | 8.00 am – 2.00pm | ASX |
Singapura | 9.00 am – 5.00 pm | Singapore Exchange |
*Urusniaga saham akan di hentikan sewaktu cuti bergantung kepada cuti umum setiap negara yang terlibat
Pertukaran Matawang Asing (Foreign Exchange)
Untuk instrumen pertukaran matawang, operasi berjalan 24 jam sehari 5 hari seminggu bermula setiap Isnin 5.00 pagi hingga Sabtu 5.00 pagi (Waktu Malaysia).
Dagangan matawang asing hanya terhenti pada 25hb Disember bersempena dengan sambutan Hari Krismas dan juga pada 1hb Januari bersempena tahun baru sekiranya ke dua-dua tarikh ini jatuh pada hari berkerja (Isnin hingga Jumaat).
Jadi untuk memilih instrumen mana untuk didagangkan, faktor kelapangan masa perlu menjadi salah satu kriteria pemilihan kerana sebaiknya dagangan dijalankan tidak bercanggah dengan waktu kerja atau perniagaan hakiki. Ini adalah kerana tumpuan perlu diberikan untuk membuat analisa dan juga pengurusan akaun sewaktu dagangan di jalankan.
Faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah personaliti kita kerana keduanya mempunyai pergerakan harian yang agak berbeza dimana pergerakan di bursa saham adalah lebih perlahan berbanding dengan pergerakan di pasaran matawang yang lebih tinggi volatilitinya.
Di dalam perkongsian akan datang kita akan bincangkan dengan lebih terperinci faktor-faktor ini.