29.6 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

Cara Nak Buat Duit Melalui Tiktok

Mesti Baca

Tiktok merupakan salah satu platform atas talian yang kian meningkat popular dalam masyarakat di seluruh dunia kini. Platform ini memaparkan video singkat untuk menyampaikan maklumat, bakat dan juga kreativiti seseorang.

Ramai di antara kita masih tertanya-tanya bagaimana craa untuk mendapatkan pendapatan melalui Tiktok. Ya, memang boleh menjana pendapatan dengan menjadi content creator Tiktok. Ada segelintir di antara kita telah menjadikannya sebagai full-time dan pendapatan bulanan.

Pada asalnya, Tiktok digunakan untuk buat tarian, lip sync, dan video pendek. Namun sejak kebelakangan ini trend Tiktok terutama di Malaysia sudah berubah ke arah content yang ilmiah.

Dahulu ramai yang menyukai instagram kerana mudah untuk mendapatkan duit sekiranya ramai followers. Cumanya kena bersabar sedikit untuk mendapatkan followers yang ramai. Tapi perbezaan dengan tiktok adalah tidak perlu menunggu followers ramai untuk menjana duit.

Kalau anda menginginkan duit tanpa perlu menunggu lama, jom luangkan sedikit masa untuk membaca penerangan mudah cara menjana duit melalui Tiktok.

Bina akaun dan jual

Cara ini amat popular di e-commerce. Ramai yang membuka akaun kemudian kembangkan akaun tersebut menjadi terkenal dan menjualnya pada nilai yang tinggi.

Pertama sekali, wujudkan pengkhususan dalam video anda. Pengkhususan dan niche amat penting untuk tarikan audience tetapi elakkan video yang hanya target kepada satu kelompok sahaja.

Kemudian kumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 pengikut di Tiktok. Andai berjaya anda boleh mendapatkan kerjasama daripada syarikat lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat anda untuk mempromosikan produk mereka atau menjual akaun tersebut kepada pihak mereka. Cara ini legit untuk mendapatkan duit.

Malah bagi pihak syarikat lagi menguntungkan kerana lagi mudah untuk mereka mempromosikan produk dengan akaun yang terkenal.

Kumpul Donation

Seterusnya cara kedua ialah dengan mengumpul donation daripada viewer apabila anda membuat LIVE di Tiktok. Cara ini juga boleh buat di platform lain seperti Twitch.

Pasti anda tertanya bagaimana proses donation ini menjana duit?

Apabila anda seorang pengguna Tiktok, and boleh membeli coins yang berada dibahagian profile anda. Coins ini adalah sebagai tanda peghargaan anda kepada creator kegemaran anda kerana telah berjaya membuat video yang menarik. Senang cerita sama juga seperti tanda LIKE.

Kemudian apa yang creator akan buat dengan coins tersebut?

Mereka akan menukarkan coins yang terkumpul menjadi diamond dan boleh diganti kepada cash melalui PayPal. Seronok kan?

Pengurus Kempen Influencer

Anda boleh menjadi orang tengah antara creator di Tiktok dan jenama yang ingin bekerja dengan influencer tersebut. Segala perjanjian perlu dibuat dan diuruskan oleh anda untuk kedua-dua belah pihak. Anda boleh mengenakan perkhidmatan untuk pengurusan tersebut.

Kini, Tiktok sudah menjadi platform yang terkenal yang mempunyai ramai influencer. Jadi jika ada jenama besar yang menghubungi maka anda perlu menguruskannya. Beginilah cara dan peluang untuk anda menjana pendapaan dengan mudah sahaja.

Perkhidmatan konsultansi

Ramai creator di Tiktok mempunyai followers yang ramai berjuta dalam masa singkat tanpa mereka sedar. Maka dengan peluang begini anda boleh melangkah masuk dengan menawarkan perkhidmatan dalam strategi content, kreativiti untuk menjana duit melalui platform tersebut.

Oleh itu jika anda mempunyai latar belakang dalam production atau storytelling, semestinya anda boleh menggunakan perkhidmatan sedemikian untuk ditawarkan kepada mereka agar lebih menyakinkan.

Previous article
Next article
- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini