27.8 C
Malaysia
Tuesday, April 16, 2024

Apakah Itu CTOS

Mesti Baca

CTOS adalah singkatan pada Credit Tip Off Service iaitu sebuah perkhidmatan yang memberi maklumat rahsia berkenaan kredit seseorang. CTOS Sdn Bhd telah ditubuhkan di bawah skop Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (Credit Reporting Agencies Act 2010) sejak 20 tahun lalu lagi dan dimiliki serta diuruskan oleh syarikat swasta Malaysia.

CTOS ialah sistem maklumat utama yang digunakan secara meluas oleh majoriti sistem kewangan negara, syarikat perdagangan dan perniagaan, firma undang-undang dan institusi lain.

CTOS bukan senarai blacklisted

CTOS tidak pernah menyenaraihitamkan mana-mana individu. Ia merupakan tempat pengumpulan maklumat individu dan juga syarikat daripada pelbagai sumber.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh CTOS, institusi kewangan boleh menganalisa kelayakan individu tersebut sama ada layak untuk diluluskan atau menolak permohonan mereka.

Tempoh Rekod Disimpan

Tidak seperti CCRIS yang menyimpan rekod selama 12 bulan. Rekod CTOS akan disimpan selama-lamanya sebagai srkib sejarah bagi pengalaman dan sejarah seseorang.

Kemaskini data CTOS anda

Sekiranya anda pernah mempunyai rekod dalam tindakan undang-undang tetapi telah berjaya menyelesaikannya. Kemudian Apabila anda hendak membuat permohonan pinjaman di bank tetapi masih lagi ditolak atas alasan isu CTOS, maka anda perlu menghubungi pusat perkhidmatan CTOS segera.

Anda boleh mengemaskini maklumat terbaru anda dengan menghubungi pihak CTOS dengan mengemukakan bukti dan surat pengesahan.

Faktor yang mempengaruhi skor MyCTOS

Penskoran MyCTOS adalah berdasarkan:

  • Sejumlah bayaran
  • Jumlah tangungan hutang
  • Jangkamasa hutang
  • Kepelbagaian hutang
  • Hutang baru

Cara nak dapatkan penskoran yang baik

  • Anda boleh memeriksa terlebih dahulu sebelum memohon pinjaman
  • Segeralah membayar hutang mengikut tarikh yang diberi seperti kad kredit, loan kereta, rumah dan segala pinjaman bank yang ada
  • Elakkan tangguhan pembayaran untuk bil api, bil air mahupun bil perkhidmatan telekomunikasi anda
  • Berbincang dengan pihak bank jika ada bayaran tertunggak dan memerlukan sistem pembayaran fleksibel
  • Terhadkan permohonan yang terlalu banyak untuk pinjaman atau kad kredit

Apa perlu anda lakukan jika maklumat di dalam CTOS salah?

Anda boleh menghubungi pihak CTOS melalui telefon atau emial dengan mengisi borang online di website CTOS dan perlu menyediakan beberapa dokumen seperti :

  1. Salinan MyKad untuk pengesahan
  2. Dokumen sah dari syarikat sebagai bukti, jika berkaitan
  3. Pengesahan daripada SSM atau dokumen perundangan, jika berkaitan

Pihak CTOS akan menyiasat laporan yang dibuat dan mengemaskini data yang ada selepas pengesahan.

Rekod dalam CTOS selepas selesai hutang

Rekod anda di dalam laporan CTOS tidak akan dikemaskini dengan kadar serta merta. Rekod Bank Negara dikekalkan selama 12 bulan, maka laporan CTOS akan mengekalkan laporan sama seperti yang dilaporkan Bank Negara.

Jika corak bayaran dalam masa 6 bulan adalah baik, pihak bank terutamanya akan memahami perubahan positif yang ditunjukkan. Anda mungkin memperolehi peluang yang cerah.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini