24.7 C
Malaysia
Thursday, March 28, 2024

Tips Untuk E-Pembayaran Dengan Selamat

Mesti Baca

Sistem e-pembayaran adalah satu kaedah pembayaran elektronik atau sistem pembayaran dalam talian. Sistem ini telah diperkenalkan lebih sedekad selaras dengan kemajuan teknologi terkini. Dalam kepesatan sektor perbankan dan peningkatan dalam pembelian internet, sistem pembayaran elektronik turut mengalami perubahan yang pesat. Wang elektronik boleh dikeluarkan dalam pelbagai bentuk sama ada berasaakan kad atau rangkaian seperti dompet elektronik menerusi peranti mudah alih.

Namun demikian, masih ramai lagi di kalangan kita meragui keselamatan dalam membuat setiap transaksi. Usaha untuk mengubah minda dan menanam keyakinan terhadap sistem tanpa tunia mungkin mengambil sedikit masa. Pastikan anda mengetahui cara dan tips yang selamat sebelum memuat naik sebarang aplikasi di talian sebelum membuat sebarang transaksi.

Muat turun aplikasi

Sebelum memuat turun aplikasi, dapatkan dahulu pengesahan mengenai pembuat aplikasi tersebut. Baca komen daripada pengguna juga turut membantu menyakinkan anda. Seterusnya, anda diminta untuk membaca kebenaran yang diminta oleh aplikasi, jangan abaikan. Jika diminta maklumat terlalu banyak dari yang sepatutnya lebih baik batalkan niat untuk memuat turun aplikasi tersebut demi keselamatan anda.

Semak laman sesawang sebelum klik

Elakkan klik laman sesawang yang diterima di pesanan ringkas atau melalui email daripada penghantar yang anda tidak kenali. Pilih laman sesawang rasmi yang boleh diyakini keselamatannya.

Dua pengesahan sebelum transaksi

Pastikan anda menerima dua bentuk pengesahan dalam setiap transaksi melalui pembayaran apabila menggunakan kad kredit / debit anda. Sebagai contoh, semasa membayar melalui perbankan internet anda akan memasukkan ID dan kata laluan dan juga OTP / TAC (kod yang dihantar kenombor mudah alih berdaftar anda) sebelum selesai pembayaran. Oleh demikian, walaupun scammer berjaya mencuri maklumat perbankan anda, tetapi mereka tidak dapat melakukan tanpa sebarang OTP / TAC. Elakkan berkongsi dengan orang ketiga apabila anda menerima OTP / TAC demi keselamatan.

Pemilihan kata laluan

Sentiasa pilih kata laluan yang kukuh untuk setiap pebukaan akaun terutamanya yang berkaitan perbankan internet atau dalam talian. Pastikan kata laluan anda mempunyai gabungan huruf besar dan kecil, nombor atau simbol. Contohnya : ” iceCOFFEEL@tte9″

Penggunaan rangkaian yang selamat

Elakkan menggunakan rangkaian WI-FI yang tidak selamat untuk membuat bayaran dalam talian. Selain itu, jangan guna komputer awam atau kafe siber untuk melakukan transaksi . Ini memudahkan scammer untuk mencuri maklumat anda apabila anda membuat sebarang transaksi.

Muat turun aplikasi keselamatan

Anda boleh memuat turun aplikasi seperti antivirus atau keselamatan dalam mudah alih untuk menghalang aplikasi palsu yang lain dimuat naik secara auto. Ia juga boleh menghalang anda akses ke laman sesawang palsu dimana mereka boleh mencuri segala malumat yang berada di telefon mudah alih anda. Tambahan lain, melalui aplikasi antivirus sebegini juga boleh menjadi penyemak imbas selamat untuk setiap transaksi perbankan.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini