32.9 C
Malaysia
Tuesday, April 23, 2024

Tips Kurangkan Berat Badan Di Bulan Puasa

Mesti Baca

Bulan ramadhan merupakan bulan puasa bagi mereka yang beragama islam. Bulan ini juga merupakan masa yang seringkali ditunggu bagi mereka yang berkeinginan untuk mengurangkan berat badan.

Selain berpuasa di siang hari, kita juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat seperti yang disarankan. Cuba untuk kurangkan pengambilan makanan berlemak,berminyak dan tinggi kandungan gula kerana ia mempunyai kalori yang tinggi. Anda boleh bermula dengan pengambilan kuantiti yang sedikit secara perlahan-lahan dan barulah dikurangkan terus secara keseluruhan.

Tips kedua ialah hadkan pengambilan air manis seperti kordial dan utamakan pengambilan air kosong atau jus buah-buahan yang tidak mengandungi gula. Tambahan lagi, susu juga merupakan pemilihan yang baik tapi pastikan rendah lemak.

Seterusnya adalah saiz hidangan makanan. Ini kerana apabila kita terlalu lapar, tanpa sedar kita akan makan dengan kuantiti yang lebih banyak dari biasa. Walaupun makan seimbang dan rendah lemak pastikan saiz hidangan tidak melebihi dari yang disarankan.

Bagi memastikan badan kita mempunyai peningkatan serat harian yang mencukupi pastikan anda makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak. Bukan sahaja mampu mengenyangkan kita bahkan memberi tubuh badan lebih sihat dan mempunyai kaya dengan pelbagai vitamin.

Setelah semua tips di atas telah berjaya diikuti, pastikan anda membuat senaman ringkas setiap hari mengikut kadar kemampuan semasa. Jangan jadikan alasan berpuasa untuk tidak melakukan sebarang aktiviti. Ini sangat membantu pencernaan dan untuk mendapatkan sistem badan yang sihat.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini