23.5 C
Malaysia
Thursday, April 25, 2024

Berita Baik Untuk Golongan Muda : K-KOMM Gesa Kebenaran Penggunaan Matawang Kripto

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Seperti yang semua tahu, matawang kripto tercipta daripada teknologi blockchain dan mempunyai banyak kelebihan.

Maka terdapat banyak negara yang mula membahaskan mengenai penggunaannya secara sah sebagai alternatif untuk menggantikan mata wang fiat.

Terbaharu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) telah mencadangkan pihak kerajaan untuk memberi kebenaran kepada penggunaan matawang kripto dalam negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin turut mengeluarkan kenyataan bahawa pihak kerajaan sedang meneliti kaedah untuk memperluaskan lagi penglibatan golongan belia dalam penggunaan matawang digital tersebut dalam perdagangan dan kewangan masa depan.

Selain itu, beliau turut berkata bahawa pihak kementerian mahu mendaftarkan matawang kripto sebagai tender sah walaupun ianya di bawah kuasa Bank Negara Malaysia dan Suruhajaya Sekuriti.

Langkah tersebut dilihat sangat penting kerana ianya menjadi aras tanda kepada perniagaan masa depan dan program kewangan masa depan negara.

Pihak K-KOMM turut menyatakan bahawa sebahagian golongan muda sudah mampu menjana pendapatan daripada penglibatan mereka dalam penjualan NFT dengan adanya transaksi menerusi matawang kripto.

Gesaan kebenaran penggunaan kripto ini sah di sisi undang-undang daripada kerajaan adalah agar anak muda yang terlibat dalam industri tersebut dapat dibantu dari segi penggunaan elektrik untuk melombong matawang kripto.

Inisiatif ini perlu diambil perhatian agar semua aktiviti yang melibat matawang kripto seperti penjualan NFT dapat dilakukan secara sah dan selari dengan undang-undnag di Malaysia.

Insiatif ini juga dilihat dapat membendung kegiatan kecurian elektrik yang sering berlaku akibat melombong matawang kripto tersebut.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini