29.6 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

Bagaimana Bermula Dan Terma Asas Dalam Dagangan – Bahagian 2

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Withdrawal

Withdrawal merujuk kepada pengeluaran wang dari akaun dagangan ke akaun bank pedagang sama ada pengeluaran keuntungan atau deposit itu sendiri. Proses pengeluaran ini sekiranya di lakukan melalui “Online Banking ”, hanya penama akaun bank yang sama dengan akaun dagangan sahaja di benarkan.

Proses pengeluaran ini biasanya mengambil masa antara beberapa minit hingga 24 jam bergantung kepada jumlah dan cara pengeluaran. Jika pengeluaran di lakukan dengan kaedah “wire transfer ” dari broker yang tiada wakilnya di negara ini, tempoh ini boleh menjangkau 3 hingga 7 hari.

Kadar pengeluaran pula adalah bergantung kepada kaedah pengeluaran di gunakan, kebiasannya mengikut kadar semasa bagi penggunaan online banking manakala penggunaan khidmat “Local Depositor ” adalah mengikut kadar yang telah di tetapkan oleh pihak LD dari masa ke semasa.

Bagi pengeluaran dengan menggunakna khidmat LD, biasanya proses deposit juga perlu menggunakan LD yang sama.

Local Depositor (LD)

Local Depositor (LD) adalah merujuk kepada individu atau syarikat yang di lantik oleh pihak broker untuk menguruskan proses kemasukan dan pengeluaran dana ke pihak broker. Dalam proses ini akan terdapat perbezaan kadar kemasukan dan pengeluaran, biasanya sebanyak RM0.20 setiap 1 USD. Sebagai contoh, kadar deposit ialah RM4.30 bagi setiap 1 USD manakala kadar pengeluaran ialah RM4.10 bagi setiap 1 USD. Perbezaan adalah sekitar 4.65% dan ini akan menjadi pendapatan pihak LD atas khidmat yang di sediakan.

LD adalah merupakan salah satu sumber pendapatan dalam industri ini selain dari berdagang di pasaran kewangan tetapi pihak LD perlu mempunyai sumber kewangan yang agak besar untuk memastikan setiap kemasukan dan pengeluaran berjalan lancar.

Selain dari LD dan Online Banking, kaedah deposit dan pengeluaran menggunakan Crypto Currency juga semakin popular.

Kaedah lain untuk kemasukan dan pengeluaran yang pernah digunakan tetapi semakin kurang popular ialah Neteller dan juga Skrill kerana kadar komisen yang di kenakan adalah agak tinggi dan pedagang perlu menjual “point ” mereka kepada pihak ketiga atau exchanger untuk mendapatkan tunai dan akan dikenakan kadar yang berbeza sekali lagi. Pembayaran komisen sebanyak 2 kali ini menjadikan kadar 1 USD semakin mengecil berbanding kaedah-kaedah lain justeru menjadikannya semakin kurang di gunakan.

Kaedah manakah yang terbaik?

Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Sebagai contoh “Online Banking ” adalah kaedah kemasukan dan pengeluaran yang berjalan hampir 24 jam tetapi pedagang tidak dapat berinteraksi secara langsung dengan penyedia perkhidmatan. Perbezaan kadar kemasukan dan pengeluaran juga agak kecil dengan penggunaan online banking.

Manakala penggunaan LD membolehkan pedagang berinteraksi secara langsung jika terdapat sebarang masalah, namun waktu kerja LD adalah terhad dan bukannya 24 jam sehari. Perbezaan kadar kemasukan dan pengeluaran agak besar, kebiasannya sebanyak RM0.20 bagi setiap 1 USD.

Jadi pedagang perlu membuat pilihan berdasarkan kepada kesesuaian masing-masing berdasarkan kriteria-kriteria diatas.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini