22.6 C
Malaysia
Thursday, May 9, 2024

Kad Nexo – Kad Pertama yang Disokong Kripto

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Nexo telah bekerjasama dengan Mastercard dan Dipocket untuk melancarkan kad yang disokong oleh kripto yang pertama di dunia. Antara keunikan kad Nexo ini adalah membolehkan pengguna berbelanja dengan kad tersebut tanpa perlu menjual aset digital mereka.

Dilihat hasil daripada kerjasama dengan Mastercard telah memberikan Nexo akses kepada 92 juta laman pedagang di seluruh dunia. Pemegang kad juga boleh membelanjakan sehingga 90% daripada nilai fiat aset kripto yang mereka pegang pada platform Nexo.

Dipocket dipilih sebagai pengeluar kad di Eropah dan Mastercard bertindak sebagai teknologi dan rangkaian pembayaran yang akan digunakan kad tersebut.

Selain itu, Mastercard telah menawarkan beberapa ciri inovatif untuk kad tersebut.

Ganjaran Kripto 2% : Dapatkan ganjaran kripto sehingga 2% untuk setiap transaksi kad Nexo, dibayar dalam bentuk BTC atau NEXO.

Nilai kredit kripto rendah : Dapatkan akses segera untuk kadar kredit dan pinjaman bermula dari serendah 0% APR.

Tersedia dalam bentuk maya dan fizikal : Pengguna boleh menggunakan kad Nexo ini dalam bentuk fizikal atau kad maya yang terintegrasi terus ke dalam Apple Pay dan Google Pay.

Tiada yuran : Pengguna tidak dikenakan sebarang bayaran bulanan minimum, bayaran balik ataupun yuran tidak aktif. Selain itu, tiada yuran FX untuk transaksi bernilai sehingga € 20,000 sebulan.

Kripto sebagai cagaran : Penggunaan kad ini adalah dengan mencagar aset kripto mereka tanpa menjualnya. Kad ini juga dipautkan ke talian kredit yang disokong kripto Nexo dan tidak dikenakan sebarang faedah ke atas kad tersebut.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini