Dunia metaverse kini semakin popular dan sedikit sebanyak telah menarik perhatian orang ramai selain daripada non-fungible token (NFT). Metaverse juga sangat berkait rapat dengan industri matawang kripto.
Sejak kebelakangan ini, pemilikan tanah di metaverse turut menjadi “kegilaan” ramai orang termasuk beberapa artis dan beberapa syarikat terkenal telah membeli tanah di metaverse.
Snoop Dogg dan Samsung merupakan antara nama yang gah dalam pemilikan sejumlah bidang tanah di metaverse.

Sejarah ringkas mengenai metaverse:
- Perkataan metaverse adalah gabungan daripada perkataan Meta yang bermaksud ‘masa depan‘, ‘ke hadapan‘. Manakala verse adalah daripada kata dasar “universe” yang bermaksud ‘ruang‘.
- Metaverse turut disokong oleh beberapa subset yang terdiri daripada virtual reality (realiti maya), augmented reality (realiti berperantara) dan internet.
- Ianya dibangunkan dengan menggunakan teknologi blockchain dan aplikasi desentralisasi (DApps).
- Metaverse turut merangkumi dunia maya dan fizikal yang membolehkan pengguna untuk meneroka ke pelbagai tempat.
- Antara contoh metaverse yang boleh didapati didalam permainan seperti Roblox, Fortnite, Animal Crossing, Decentraland dan The Sandbox.

Metaverse dilihat telah diterima oleh ramai orang sebagai alternatif kepada tempat untuk berhibur, menjalankan aktiviti perniagaan dan pekerjaan. Diramalkan ianya akan menjadi destinasi seterusnya dalam perkembangan teknologi pada masa akan datang.
Pengguna metaverse boleh berintegrasi dunia maya dengan matawang kripto pada masa yang sama. Pengguna juga boleh menjana keuntungan daripada aktiviti membina taman tema, menjual beli keperluan di alam maya dan tanah di metavers sendiri.