29.6 C
Malaysia
Thursday, April 18, 2024

Elon Musk Beli Twitter, Harga Dogecoin kembali ‘Meroket’

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Harga Dogecoin (DOGE) mula melonjak naik daripada paras terendah berikutan berita bahawa Twitter telah menerima tawaran perjanjian pembelian daripada Elon Musk.

Dilaporkan memecoin tersebut telah melonjak naik sebanyak 27% selepas pengumuman syarikat media sosial tersebut telah menerima tawaran sebanyak $ 44 billion daripada CEO Tesla itu.

Pada awalnya Dogecoin dicipta adalah untuk tujuan gurauan dan ianya dicipta berasaskan meme internet pada tahun 2013. Namun beberapa tahun kebelakangan ini CEO Tesla itu telah mendedahkan bahawa beliau mempunyai pegangan terbesar dalam koin tersebut dan menghebohkannya di media sosial.

Oleh itu, ramai yang beranggapan bahawa pembelian Twitter ini oleh Elon Musk dilihat sebagai satu tanda positif kepada masa depan DOGE kerana kecenderungan Elon Musk untuk mengintegrasikan DOGE ke dalam platform media sosial tersebut.

Kebelakangan ini, dilihat Musk telah menjadi penggerak kepada pasaran matawang kripto dengan tweetnya tentang dogecoin dan bitcoin. Pada bulan Mei tahun lepas, dalam satu posting nya di media sosial telah menyebabkan Dogecoin melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa sebanyak 67 sen, untuk setiap metrik syiling.

Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang pembeli Bitcoin terbesar dan Musk juga telah mengemukakan ciri yang membolehkan DOGE diintegrasikan kedalam laman media sosial tersebut dan sekali gus mendorong kepada kebebasan berbicara.

“Kebebasan berbicara merupakan asas utama dalam sesebuah sistem demokrasi yang berfungsi, dan twitter merupakan dataran bandar digital di mana perkara-perkara penting untuk masa depan semua orang diperdebatkan,” kata Musk dalam satu kenyataan pada isnin lalu.

Pembelian ini mungkin menjadi petanda baik untuk masa depan dogecoin dan platform media sosial tersebut atau sebaliknya. Apa pendapat anda semua tentang pembelian ini?

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini