Meta Platforms Inc. sedang mengambil langkah untuk mempromosikan Metaverse dengan melancarkan kedai fizikal pertamanya pada 9 Mei 2022. Kedai yang berkeluasan 1,550 kaki persegi ini akan berada di kampus syarikat di Burlingame, California.
Meta Store ini membolehkan pembeli untuk mencuba dan membeli headset realiti maya (Virtual Reality), Quest 2 dan portal panggilan video. Selain itu, cermin mata pintar yang dibangunkan dengan kerjasama Ray-Ban turut dipamerkan di di kedai tersebut. Pembelian peranti ini hanya boleh dilakukan di laman web rasmi Ray-Ban.

Meta dilihat telah melakukan banyak usaha dan pelaburan dalam Metaverse dengan menambah beberapa ciri baharu pada peranti perkakasan yang berfungsi sebagai pusat akses kepada dunia maya tersebut.

Pembukaan Meta Store ini adalah bukan untuk menjual metaverse, sebaliknya adalah untuk menarik minat pengguna dan sedikit sebanyak memudahkan pengguna untuk memahami hubungkait antara peranti dan metaverse.
Selain itu, pembukaan Meta Store ini dilihat sebagai langkah yang bijak dalam meluaskan lagi permasaran produk mereka ke seluruh negara.