Mengapa harga NFT sangat mahal dan apakah faktor-faktor yang menjadikan NFT ini sangat unik dan bernilai?
Antara sebab utamanya adalah tiada penguasaan dan dominasi dalam perdagangan NFT. Dengan kata lain tiada pihak yang boleh campur tangan dalam mengendalikan harga NFT ini.
Nilai atau harga NFT ini sepenuhnya ditentukan diantara penjual dan pembeli NFT tersebut dan tiada pihak ketiga yang terlibat dalam menentukan harga NFT tersebut. Tidak seperti perdagangan konvensional yang memerlukan campur tangan dari mana-mana pihak kerajaan atau perusahaan besar untuk menentukan nilai atau harga untuk sesuatu produk tersebut.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi harga NFT di dalam pasaran dagangan NFT.
Harga jual jenis NFT yang sebelumnya
Harga penjualan NFT yang hampir sama jenis sebelumnya merupakan antara faktor yang terbesar dalam penilaian harga NFT tersebut. Sebagai contoh NFT yang berupa beruang dari PhantaBear, dijual dengan harga 3.99 ETH.
Maka harga itu akan menjadi aras penentu harga untuk model NFT yang serupa di kemudian hari.

Kualiti NFT
Kualiti sesebuah NFT itu sendiri merupakan penentu dalam penilaian harga NFT tersebut.
Jika sesebuah karya NFT itu mempunyai kualiti yang baik sebagai contoh penceritaan disebalik NFT tersebut atau mempunyai kualiti visual yang baik dan unik, sekaligus akan meningkatkan lagi harga NFT tersebut dan menarik mata ramai pembeli untuk membeli NFT tersebut.

Populariti NFT
Tidak dinafikan lagi populariti sesebuah NFT itu juga boleh mempengaruhi harga atau nilai sesebuah NFT tersebut.
Sebagai contoh pada tahun 2021, Co-founder Twitter, Jack Dorsey telah mengadakan lelongan untuk menjual tweet pertama dalam sejarah sebagai NFT. Menurut CNBC, nilai untuk NFT tersebut adalah sebanyak $ 2.9 juta dan telah dijual kepada seorang individu untuk memiliki tweet tersebut.
