23 C
Malaysia
Friday, April 19, 2024

Perlukah Berjimat Sepanjang Bulan Ramadhan?

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Bulan ramadhan sangat dinantikan oleh umat islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Ketika berpuasa, akan melatih kita untuk mengawal nafsu makan dan membeli.

Namun perasan atau tidak, perbelanjaan kita pada bulan puasa kebiasaannya lebih tinggi berbanding bulan-bulan lain. Tambahan pula apabila mahu menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Tahukah anda bulan puasa merupakan bulan yang sesuai untuk anda belajar berjimat dalam perbelanjaan? Terdapat beberapa panduan yang anda boleh cuba untuk mula berjimat cermat pada bulan puasa yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Masak juadah berbuka sendiri

Memasak juadah berbuka puasa sendiri di rumah terbukti mampu menjimatkan wang perbelanjaan berbanding anda membeli juadah di bazar ramadhan atau berbuka puasa secara buffet di hotel atau restoran.

Dengan nilaian kos RM 100, anda mungkin boleh membeli bahan-bahan masakan untuk sekeluarga dalam tempoh 3 hari atau seminggu.

Berbelanja dengan cermat sepanjang bulan ramadhan

Cara mudah yang anda boleh mulakan untuk berbelanja secara cermat adalah dengan menyenaraikan juadah yang anda mahu dan juga kuantiti yang akan dibeli.

Anda juga perlu menetapkan had maksima untuk perbelanjaan juadah agar anda tidak boros semasa berbelanja.

Perancangan yang rapi berkenaan perbelanjaan harian sepanjang bulan puasa sangat penting terutamanya kepada yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk menyediakan juadah dirumah.

Sumber gambar: Aryl je

Elakkan membeli juadah secara berlebihan

Tidak dapat dinafikan ramai diantara kita akan rambang mata dengan pilihan juadah yang banyak di bazar ramadhan. Hal ini akan membawa kepada tabiat boros berbelanja kerana terlalu banyak juadah yang akan dibeli.

Yang paling menyedihkan apabila semua makanan yang dibeli tersebut tidak dihabiskan dan akhirnya menjadi pembaziran.

Antara tips yang anda boleh cuba untuk mengelakkan diri daripada membeli juadah secara berlebihan adalah dengan menghadkan perbelanjaan setiap kali ingin membeli juadah di bazar ramdhan.

Sebagai contoh, anda menghadkan perbelanjaan sebanyak RM 20 untuk membeli juadah di bazar ramadhan. Perbelanjaan anda hanya terhad dalam nilaian tersebut:

Beringat sebelum kena, Jimat sebelum habis

Diharapkan bulan ramadhan yang bakal menjelang ini akan mengubah cara perbelanjaan dan sekaligus dapat meningkatkan lagi kesihatan kewangan kita.

Bulan ramadhan bukan sahaja untuk mengajar kita untuk melawan hawa nafsu bahkan mampu membantu anda untuk jadi lebih baik dari segi pengurusan kewangan.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini