23.6 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Tiada Simpanan? – Panduan Menyimpan Walau Gaji Rendah

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Menyimpan wang adalah sangat penting kerana ianya merupakan asas kepada pengurusan kewangan yang baik. Namun masih ramai lagi yang memandang remeh perkara ini.

Terdapat banyak kelebihan yang anda perolehi jika anda mengamalkan sikap menyimpan ini. Berikut merupakan cara yang anda boleh praktikkan untuk mula menyimpan walaupun gaji rendah.

1. Asingkan sebahagian daripada gaji anda

Pada fasa permulaan perkara yang anda boleh cuba untuk mula menyimpan adalah dengan mengasingkan sekurang-kurangnya 10% dari gaji anda.

Contoh :

Gaji bulanan : RM1500 x 10% = RM 150

RM150 x 12 Bulan = RM 1800

Simpanan tahunan : RM 1800

2. Buka akaun simpanan

Anda juga disarankan membuka akaun simpanan untuk memudahkan anda menyimpan setiap kali anda menerima gaji bulanan. Untuk mengelakkan daripada anda “terguna” duit simpanan, cara yang anda boleh cuba adalah dengan membuka akaun simpanan yang tidak menggunakan kad ATM.

Dengan cara ini anda tidak boleh mengeluarkan wang simpanan anda sesuka hati.

3. Cari peluang tambah Side Income

Beberapa idea yang anda boleh cuba untuk menambah pendapatan sampingan. Disamping anda bekerja anda juga boleh membuat bisnes yang mudah dan tidak memerlukan modal yang besar.

Sebagai contoh anda boleh menjadi ejen produk yang sedia ada dipasaran atau anda boleh menjual apa-apa yang anda suka di platform e-dagang.

4. Mencari peluang untuk pelaburan

Terdapat banyak platfom pelaburan yang tersedia untuk anda mula melabur. Jika anda rajin membuat penyelidikan berkaitan pelaburan, anda berkemungkinan menjumpai platfom pelaburan yang tidak memerlukan modal yang besar untuk mula melabur dan tinggi kadar dividen untuk pelaburan tersebut.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini