23.5 C
Malaysia
Thursday, April 25, 2024

Proses Kejayaan Seorang Pedagang

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Dalam artikel sebelum ini kita menjangkakan trader akan berhadapan dengan 2 cabaran besar iaitu proses pembelajaran yang mengambil masa yang agak panjang dan juga untuk menghasilkan keuntungan secara konsisten untuk jangka panjang.

Apakah penyelesaian untuk masalah ini?

Untuk seseorang pedagang itu mahir, mahu atau tidak kita perlu lalui sendiri proses mendapatkan ilmu dan kemudiannya berlatih untuk menjadi lebih mahir. Tapi seringkali pedagang akan berhadapan dengan kegagalan sekiranya pada peringkat berlatih untuk mahir ini tumpuan di berikan kepada menghasilkan keuntungan. Pada peringkat latihan, sepatutnya tumpuan diberikan kepada membina SOP yang boleh memberikan keuntungan untuk jangka panjang dan seterusnya menguji SOP tersebut terlebih dahulu untuk memastikan statistik keuntungan dan kerugian.

Proses ini biasanya tidak akan dilakukan oleh pedagang sekiranya matlamat yang diletakkan ialah untuk menjana keuntungan dalam setiap dagangan yang dibuat. Jadi sewaktu latihan jangan meletakkan wang dihadapan, sebaliknya fokus kepada proses untuk menjadi seorang pedagang dan seterusnya menjadi seorang pedagang yang lebih baik. Wang adalah ganjaran dari proses yang di lakukan dengan betul jadi fokus kepada proses bukannya ganjaran kerana proses yang betul akan menghasilkan wang pada akhirnya.

Tumpuan kepada melakukan proses dengan betul ini akan menyebabkan matlamat utama pedagang menceburkan diri dalam bidang ini iaitu menjana wang akan “terbantut” buat sementara. Ini kenyataan yang perlu diterima kerana tidak mungkin kita dapat melakukan dua perkara serentak pada peringkat permulaan kita di dalam industri ini.

Tanya diri kita semula, kenapa kita melibatkan diri dalam bidang ini? Apa matlamat akhir kita? Jawapannya akan berbalik kepada “wang”. Ya, itulah matlamat akhir kita dalam industri ini malah dalam apa juga industri yang kita ceburi sama ada bekerja dengan majikan mahu pun berniaga sendiri matlamat kita adalah untuk menjana wang.

Di sinilah kita perlu berfikiran lebih terbuka dengan melihat apa peluang lain yang ada dalam industri ini yang dapat memberikan kita pulangan dalam bentuk wang. Agak sukar untuk kita menjana wang dari dagangan kerana kita masih belum cukup ilmu dan kemahiran yang di perlukan. Teruskan berlatih tetapi pada masa yang sama kita perlu lihat peluang lain yang ada.

Kesilapan yang saya lakukan suatu ketika dahulu dan masih dilakukan oleh kebanyakan pedagang masa kimi ialah tidak memberikan masa yang cukup untuk kita mendapatkan ilmu dan berlatih untuk menjadi mahir. Sebaik terlibat dalam bidang ini, terus bercita-cita untuk menjana wang sedangkan hakikatnya berdagang itu memerlukan ilmu dan kemahiran sama seperti kerjaya lain di luar sana.

Lihatlah kepada kerjaya lain diluar sana seperti doktor, peguam ataupun jurutera. Berapa lamakah mereka perlu belajar dalam bidang tersebut untuk mendapatkan segulung ijazah bagi melayakkan mereka untuk menjawat jawatan mereka? Sekurang-kurangnya antara 3 hingga 5 tahun untuk belajar sahaja. Selepas lulus mereka perlu bermula dari bawah dan memerlukan antara 3 hingga 10 tahun lagi untuk menjadi pakar dalam bidang masing-masing.

Kita sebagai pedagang tidak terlepas dari menjalani proses yang sama. Andai saya diberi peluang untuk undurkan semula masa, saya akan mengambil alternatif lain untuk menjana wang sewaktu belajar untuk menjadi seorang pedagang yang lebih baik. Dalam artikel akan datang, kita akan lihat kepada beberapa peluang yang ada untuk kita menjana pendapatan sambil kita belajar berdagang.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini