22.8 C
Malaysia
Thursday, April 25, 2024

Wajib Tahu! 6 Kategori Saham Yang Ada

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Mungkin ramai daripada kita yang sudah mula membuka mata untuk memulakan pelaburan. Lebih-lebih lagi apabila kita dapat lihat ramai orang-orang hebat yang berjaya dalam pasaran saham.

Berminat untuk mula melabur saham? 6 kategori saham yang anda wajib tahu.

1. Growth Stock (Saham Pertumbuhan)

Growth Stock mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat pantas, iaitu melebihi pertumbuhan purata dalam pasaran.

Pelabur membeli saham-saham ini disebabkan rekod earning growth atau pertumbuhan pendapatan, dan jangkaan prestasi syarikat akan terus berkembang maju.

2. Income Stock (Saham Pendapatan)

Income Stock merupakan saham yang menawarkan pendapatan yang tetap dalam bentuk dividen untuk satu tempoh masa. Secara asasnya, saham dalam kategori ini lebih matang dan kurang berisiko walaupun terdapat kejatuhan.

Syarikat akan meneruskan pembayaran dividen dan pelabur setia akan terus melabur ke dalam saham mereka.

3. Cyclic Stock (Saham Kitaran)

Cyclic Stock ialah saham yang harganya dipengaruhi oleh perubahan makro-ekonomi atau sistematik dalam keseluruhan ekonomi. Secara amnya, saham ini adalah bertentangan dengan saham defensif.

Ekonomi naik, Saham naik ; Ekonomi turun, Saham turun.

Sumber Gambar : Yahoo finance

4. Defensive Stock (Saham Defensif)

Defensive Stock ialah saham yang memberikan dividen yang konsisten dan pendapatan yang stabil tanpa mengira keadaan pasaran saham secara keseluruhan.

Saham ini akan dapat bertahan dan kadar kenaikannya adalah perlahan.

5. Value Stock (Saham Nilai)

Value Stock merujuk kepada saham syarikat berdagang pada harga yang lebih rendah berbanding asasnya, seperti dividen, pendapatan atau jualan, menjadikannya menarik kepada pelabur yang bernilai.

6. Speculative Stock (Saham Spekulatif)

Speculative Stock adalah saham yang digunakan oleh pedagang untuk membuat spekulasi. Saham ini sering digunakan oleh para pedagang dan mengakibatkan kenaikan dan penurunan harga yang besar di dalam saham ini.

Saham seperti ini hanya memberi pulangan dalam jangka masa yang pendek dan risiko juga sangat tinggi untuk para pelabur yang menyertai dalam aktiviti saham ini.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini