24.2 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

Sebab Anda Perlu Melabur Saham

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Setiap orang pasti menginginkan kehidupan yang bebas, lebih-lebih lagi dari segi aspek kewangan. Salah satu financial goal yang perlu ada untuk setiap orang adalah mempunyai pendapatan yang cukup untuk kehidupan selepas bersara.

Macam mana nak mempunyai pendapatan yang cukup selepas bersara?

Salah satu cara yang anda boleh lakukan pada masa kini adalah melabur saham.

Ini kelebihan pelaburan saham yang anda patut tahu.

Mudah dan di mana-mana sahaja

Dengan perkembangan internet yang pesat dan meluas, aktiviti pelaburan kini lebih mudah.

Ditambah lagi dengan adanya teknologi telefon pintar, membolehkan kita melabur dengan hanya di hujung jari sahaja.

Tidak seperti zaman dahulu, kita perlu ke pejabat broker atau membaca surat khabar untuk mengetahui harga saham semasa. Kini kesemua broker sudah mempunyai online trading platform dan membolehkan anda memantau harga dan membuat jual atau beli saham di mana-mana sahaja.

Boleh dilakukan secara sambilan

Ramai yang bertanggapan pelaburan saham memerlukan pemantauan yang kerap setiap masa. Jika anda melabur untuk jangka masa yang panjang, pemantauan sehari sekali atau beberapa kali seminggu sudah cukup.

Waktu selebihnya anda boleh fokus pada kerja yang anda lakukan dan inilah yang dinamakan pendapatan pasif.

Mudah dicairkan

Kecairan (liquidity) bermaksud tahap kesenangan sesuatu aset itu bertukar menjadi wang tunai. Saham merupakan antara salah satu aset yang mudah dicairkan.

Tidak seperti model pelaburan yang lain, berkemungkinan memakan sedikit masa untuk mendapatkan keuntungan. Sebagai contoh pelaburan hartanah, untuk mendapatkan pembeli atau penyewa mungkin memakan masa yang agak lama.

Pulangan keuntungan yang tinggi

Kebiasaannya pelaburan saham mempunyai kelebihan dalam menawarkan pulangan keuntungan yang tinggi .

Jika dibandingkan dengan sijil deposit, mereka menyediakan peluang yang lebih baik untuk pulangan yang lebih besar. Namun instrumen pelaburan seperti ini mempunyai had minimum dan maksima keuntungan yang anda boleh perolehi.

Walau bagaimanapun, pelaburan saham tidak mempunyai had. Ini bermakna risiko untuk anda rugi juga tinggi dan keuntungan yang anda boleh perolehi juga tinggi.

‘High Risk, High Return ‘

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini