23 C
Malaysia
Friday, April 19, 2024

Pendapatan Aktif & Pasif

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Dalam artikel yang lepas, kita ada menyentuh tentang proses pembelajaran yang agak panjang untuk menjadi seorang pedagang yang konsisten. Seperti juga kerjaya lain, untuk menjadi seorang pedagang yang mahir dan konsisten, kita memerlukan masa antara 1 hingga 3 tahun sekiranya kira mengikuti pembelajaran yang menyeluruh.

Jadi berbalik kepada persoalan pokok iaitu tujuan kenapa kita melibatkan diri dalam industri ini. Ia akan berbalik kepada untuk mendapatkan wang. Memandangkan proses pembelajaran dan mengasah kemahiran itu memerlukan masa, apa pilihan yang kita ada untuk menjana wang? Dari sini kita perlu melihat apa pilihan yang kita ada di dalam industri ini untuk menjana wang?

Dalam industri ada 2 kaedah untuk menjana pendapatan yang boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pendapatan aktif dan pendapatan pasif.

Umumnya kita tahu bahawa pendapatan aktif bermaksud pendapatan yang memerlukan penglibatan kita sepenuhnya. Kita perlu mengorbankan masa dan tenaga serta kemahiran untuk ditukarkan menjadi sumber pendapatan. Tanpa kehadiran atau penglibatan kita secara langsung atas apa juga sebab akan menyebabkan kita kehilangan pendapatan tersebut.

Menjadi seorang pedagang adalah contoh terbaik dalam industri ini yang boleh dikategorikan sebagai pendapatan aktif. Jika kita tidak berdagang maka tiada hasil yang dapat di jana.

Berbeza dengan pendapatan pasif yang mana pendapatan dapat dijana tanpa kehadiran kita secara langsung, atau penglibatan kita hanya pada peringkat permulaan sahaja dan kemudiannya tanpa penglibatan kita, masih ada wang yang dapat di hasilkan.

Menjadi seorang pelabur adalah contoh terbaik dalam industri ini yang boleh dikategorikan sebagai pendapatan pasif. Walaupun kita tidak berdagang, tapi sekiranya pengurus dana kita melakukan transaksi dagangan dan memperolehi keuntungan, secara tidak langsung kita juga akan memperolehi pendapatan tersebut. Malah ini dapat dilakukan tanpa memerlukan kemahiran berdagang, apa yang pelabur perlu tahu ialah bagaimana memilih portfolio pelaburan yang baik dan proses ini jauh lebih mudah dan singkat dari belajar menjadi seorang pedagang itu sendiri.

Contoh lain untuk menjana pendapatan pasif dalam industri ini ialah menjadi seorang IB (Introducer Broker). Kerjaya ini memerlukan sedikit penglibatan kita secara langsung pada peringkat permulaan, selepas itu kita berpeluang menjana pendapat secara berterusan selagi pelanggan yang kita bawa ke dalam syarikat meneruskan dagangan mereka. Ini boleh di jalankan secara online dan juga offline mengikut kapasiti dan keselesaan masing-masing.

Andai saya di beri peluang untuk kembali di hari pertama saya mengenali industri ini, saya mungkin akan bermula dengan menjadi IB (Introducer Broker) dan disusuli dengan menjadi pelabur sambil saya belajar ilmu-ilmu dagangan dan memahirkan diri untuk menjadi seorang pedagang.

Kenapa bermula sebagai IB? Kerana ianya tidak memerlukan sebarang modal. Kita boleh bermula dengan membuat promosi kepada kenalan-kenalan terdekat atau secara online. Kita perlu ada pengetahuan tentang brokerage dan juga produk yang di tawarkan oleh pihak broker. Dan permulaan paling baik ialah dengan memperkenalkan produk pelaburan yang ada di dalam broker sama ada produk “Copy Trade” atau “PAMM”.

Sebaiknya galakkan kenalan yang diperkenalkan tadi bermula sebagai pelabur dahulu kerana mereka juga seperti kita pada peringkat ini, tiada ilmu dan kemahiran. Jadi selagi pedagang yang menguruskan dana pelabur tadi menghasilkan keuntungan, pelabur yang dibawa tadi akan menikmati keuntungan yang di hasilkan. Ini secara tidak langsung akan memberikan hasil kepada kita sebagai seorang IB.

Pelabur mendapat keuntungan, Pedagang mendapat pembahagian keuntungan, Pihak brokerage mendapat komisyen dan kita sebagai IB juga akan mendapat komisyen dari pihak brokerage dan mungkin juga dari pedagang. Semua pihak gembira.

Namun masih ada sedikit risiko dalam pilihan diatas dan cara mengatasinya yang akan di bincangkan dalam artikel akan datang.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini