20.6 C
Malaysia
Sunday, September 25, 2022

Pendapatan Pasif Seorang IB

Mesti Baca

Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Sambungan dari bahagian dua, terdapat dua kaedah untuk memperolehi pendapatan secara pasif dalam bidang ini, iaitu menjadi IB atau pelabur di dalam copytrading atau PAMM Management.

Pendapatan Pasif Sebagai Seorang IB

Membina kerjaya sebagai IB tidak memerlukan masa yang lama sebagaimana mahu menjadi seorang pedagang. Asas yang perlu ada untuk menjadi seorang IB ialah sedikit pengetahuan tentang dagangan itu sendiri serta cara melaksanakannya dan juga pengetahuan tentang produk-produk yang di tawarkan oleh pihak broker.

Untuk permulaan, adalah di galakkan supaya IB mengenal pasti pengurus-pengurus dana yang berpotensi di dalam senarai Copytrading dan juga PAMM. Porfolio mereka ini boleh di jadikan sebagai satu produk untuk di perkenalkan kepada pelabur-pelabur baru. Perkara yang tidak di galakkan untuk pelanggan-pelanggan baru IB tadi untuk menjalankan dagangan sendiri kerana mereka masih belum mempunyai pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi.

Sebaiknya mereka boleh menjadi pelabur kepada pengurus-pengurus dana yang telah mahir. Mindset perlulah jelas disini dimana kita perlu kembali kepada apa matlamat kita dalam industri ini? Jawapannya akan berbalik kepada wang, jadi mendapatkan wang dengan kaedah menjadi pelabur sebenarnya adalah alternatif terbaik semasa pedagang mendapatkan ilmu dan kemahiran yang mencukupi.

Sebagi seorang IB, pendapatan boleh dijana melalui dua kaedah iaitu komisen dari pihak broker diatas spread yang di kenakan keatas posisi dagangan yang dibuka dan juga pendapatan dari keuntungan yang di hasilkan oleh pedagang tadi.

Komisen Dagangan

Komisen ini adalah dari spread yang dikenakan untuk setiap posisi yang dibuka. Kebiasaannya komisen sebanyak USD10 untuk setiap lot di akaun standard yang di dagangkan, manakala untuk akaun ECN kebiasannya adalah lebih rendah antara USD 2 hingga USD 6

Contoh pengiraan adalah seperti berikut:

Pengurus dana membuka posisi 1.0 standard lot, posisi yang sama akan di buka di akaun pelanggan yang di perkenalkan oleh IB. Apabila setiap kali posisi dagangan di tutup sama ada untung atau rugi, IB akan di bayar komisen oleh pihak broker.

Sekiranya IB tersebut mempunyai 10 pelanggan yang mana akaun mereka di dagangkan oleh pengurus dana, setiap kali posisi di tutup beliau akan diberikan komisen sebanyak USD10 x 10 pelanggan. Jumlah komisen diatas dagangan ini adalah sebanyak USD100.

Jika dalam seminggu, pengurus dana menjalankan dagangan sebanyak 3 kali maka di dalam tempoh 1 bulan sebanyak 12 lot telah di dagangkan untuk setiap pelanggannya. Jumlah perolehannya IB tersebut ialah sebanyak USD10 x 12 lot x 10 pelanggan = USD1,200 bersamaan RM4,800.

Komisen Keuntungan Dagangan

Komisen lain yang mungkin di terima oleh IB ialah perkongsian keuntungan oleh pengurus dana. Sebagai contoh, 10 pelanggan yang menyertai pelaburan bersama pengurus dana tadi dengan jumlah pelaburan sebanyak USD10,000 keseluruhan dan pengurus dana mampu menjana keuntungan sebanyak 10% pada bulan tersebut iaitu sebanyak USD1,000.

Kebiasanya pengurus dana akan mengenakan perkongsian keuntungan sebanyak 30% dari keseluruhan keuntungan yang di buat. Disini pengurus dana tersebut akan memperolehi sebanyak USD300. Jika pengurus dana bersetuju untuk berkongsi 10% dari komisyen beliau, maka IB akan memperolehi sebanyak USD30.

Jika di hitung keseluruhan pendapatan IB tadi ialah sebanyak USD1,200 + USD30 = USD1,230 bersamaan RM4,920.

Kedua-dua pendapatan ini adalah pendapatan pasif baginya kerana hanya sedikit usaha pada peringkat permulaan sahaja.

Dengan pendapatan ini, IB tersebut yang juga seorang pedagang boleh menumpukan perhatian kepada memperolehi ilmu dan juga membina kemahiran dagangan tanpa tertekan untuk menjana keuntungan dari dagangan itu sendiri.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini