22.8 C
Malaysia
Friday, April 19, 2024

Solana: Masa Depan Kripto

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Solana merupakan antara salah satu mata wang kripto yang terkenal antara 10,000 yang wujud pada masa kini. Selain itu, Solana turut menyediakan platfom untuk wang kriptonya yang dikenali sebagai SOL.

Solana juga adalah projek blockchain terbuka yang maju dan memanfaatkan beberapa teknologi canggih untuk penambahbaikan kepada dApps (Decentralised Apps) generasi baru.

Projek ini memfokuskan kepada penyediaan platform yang selamat dan terdesentralisasi (decentralised) secara berskala besar yang dapat menyokong beribu-ribu node yang berpotensi tanpa mengorbankan throughput (TPS) dan menghindarkan beberapa cabaran yang dihadapi oleh sistem persaingan.

Ramai yang beranggapan koin kripto hanyalah sekadar mata wang digital. Namun, koin kripto atau token ini boleh menjana applikasi didalam platform.

Sebagai contoh, Solana turut menjana kontrak pintar (Smart contract), aplikasi DeFi, NFT dan banyak lagi.

Bagaimana Solana berfungsi ?

Solana boleh menjana beberapa aplikasi dan menawarkan pelbagai ciri istimewa :

  • Matawang : Solana boleh digunakan untuk menghantar, menerima atau memindahkan koin melalui E-Wallet. Koin ini boleh ditukar kepada barangan atau perkhidmatan yang tersedia.
  • Kontrak pintar (Smart contract) : kontrak pintar merupakan aplikasi yang berfungsi secara automatik untuk pelaksanaan terma kontrak apabila setiap syarat telah dipenuhi.
  • Non-Fungible Token (NFT) : Sering dikaitan dengan seni digital, Solana juga mampu menjana NFT. Hal ini membolehkan artis atau orang lain menjual NFT mereka kepada pengguna yang lain.
  • Decentralised Finance (DeFi) : Dengan Solana anda boleh membina dan menggunakan pembayaran tanpa kebenaran (Permission-less Payment) dan boleh mengelakkan daripada kawalan berpusat atau mana-mana entiti kerajaan.
  • Aplikasi Digital : Solana juga menyokong pembangunan pelbagai aplikasi lain termasuk permainan, pelaburan, sosial media dan banyak lagi.

Keunikan Solana

Salah satu keunikan solana adalah sistem konsesus Proof Of Stake (PoS). Ia merupakan satu bentuk sistem yang membolehkan rangkaian yang diedarkan mencapai kata sepakat walaupun terdapat node yang berniat jahat, sistem ini dikenali sebagai Practical Byzantine Fault Tolerance (PBFT).

Pelaksanaan PBFT oleh solana menguatkan lagi sumber masa global di seluruh Blockchain melalui protokol novel kedua yang dikenali sebagai Proof Of History (PoH).

Solana merangkumi pelbagai inovasi lain sebagai contoh teknologi transaksi selari atau lebih dikenali sebagai Sealevel. Hal ini membuatkan Solana lebih menonjol dikalangan pesaing-pesaingnya yang lain.

Teknologi transaksi selari ini membolehkan jangka masa yang diperlukan oleh kontrak pintar untuk dijalankan selari dan akan mengoptimumkan sumber.

Perkara ini berlaku kerana untuk memastikan Solana dapat membuat skala mendatar melintasi GPU dan SSD.

Solana juga menggunakan teknologi “Gulf Stream“. Teknologi Gulf stream ini dapat membantu memaksimumkan kelajuan pengesahan dan meningkatkan jumlah transaksi yang dapat ditangani secara serentak dan selari.

Solana turut mengugurkan sepenuhnya sistem mempool yang digunakan pada platform lain. Sebaliknya Solana menghantar transaksi kepada pengesahan sebelum kumpulan transaksi yang sebelumnya diselesaikan.

Sourcesolana
- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini