22.5 C
Malaysia
Thursday, May 2, 2024

Wajib Tahu! Untuk Elakkan Muflis

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Kewangan yang stabil merupakan impian untuk semua orang.Namun masih ramai yang tidak mempunyai pengetahuan asas kewangan untuk mencapai taraf kewangan yang stabil.

Pengetahuan asas kewangan turut menjadi asas penting dalam kehidupan untuk memastikan mencapai kehidupan yang selesa dan teratur. Sekiranya diambil sambil lewa perkara ini akan menyebabkan masalah terhadap pengurusan kewangan anda kelak.

Dalam peringkat kehidupan yang berbeza, kita juga mempunyai keutamaan yang berbeza. Berikut merupakan pengetahuan asas kewangan yang anda perlu tahu sepanjang anda menempuh kehidupan anda.

Remaja (Bawah 20 Tahun)

Ilmu pengetahuan asas kewangan harus dipupuk sejak awal lagi. Setiap remaja seharusnya mula belajar ilmu kewangan dan pupuk sikap tanggungjawab pada diri sendiri. Asas pengetahuan kewangan perlu dididik mengikut umur dan kematangan remaja tersebut seperti berikut :

  • Pengurusan perbelanjaan harian dengan membuat suatu bajet yang mudah
  • Membuat pelaburan dalam tabung simpanan anak-anak
  • Menetapkan tujuan menyimpan
  • Menanamkan sikap berjimat cermat
  • Belajar ilmu keusahawanan untuk menambah pengalaman dan pendapatan tambahan.

Belia (20-an)

Pengurusan kewangan peribadi yang baik merupakan tanggungjawab setiap belia untuk mencapai taraf kewangan yang stabil. Mengamalkan perbelanjaan cermat dan belajar compounding asset adalah sangat penting untuk setiap belia.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan kewangan yang baik untuk setiap belia seperti berikut :

  • Semak semula status kewangan peribadi dengan kerap sebagai contoh setiap enam bulan untuk mengenal pasti bajet, simpanan, pelaburan dan perbelanjaan bulanan.
  • Menyenaraikan risiko-risiko kewangan dan perancangan masa hadapan untuk mencapai kebebasan kewangan.
  • Memastikan setiap aliran tunai bulanan positif bagi mengelakkan daripada tabiat terlebih penggunaan yang akan membawa kepada tabiat suka berhutang.
  • Membuat simpanan kecemasan sekurang-kurangnya tiga bulan gaji atau enam bulan gaji.
  • Mencari ilmu dan peluang pelaburan yang boleh membantu untuk menambah pendapatan.

Dewasa (30-40)

Pada lingkungan umur ini amat penting dan genting untuk setiap individu kerana mungkin anda akan mempertimbangkan banyak peristiwa-peristiwa lain yang penting dalam hidup.

Pada usia ini juga karier dan kewangan yang stabil menjadi keutamaan setiap individu. Oleh itu, perancangan yang bijak harus dilakukan untuk mencapai kestabilan ini. Berikut merupakan kunci-kunci fokus untuk perancangan kewangan peribadi sebagai seorang dewasa.

  • Mempunyai perancangan untuk persaraan.
  • Membina skor kredit yang baik
  • Mempunyai pengetahuan berkenaan cukai peribadi dan bagaimana untuk mengurangkan cukai anda.
  • Jika sudah berumah tangga, disarankan untuk sentiasa membuat perbincangan berkenaan kewangan keluarga dengan pasangan masing-masing.
  • Dapatkan khidmat nasihat perancang kewangan.

Pesara (50-60an dan keatas)

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh KWSP, 70% daripada warga malaysia yang keluarkan wang simpanan pada umur 55 tahun akan membelanjakan kesemuanya dalam masa kurang dari 10 tahun. Lebih membimbangkan apabila ada segelintir individu yang sudah bersara namun masih dibelenggu hutang.

Oleh itu, betapa pentingnya perancangan persaraan pada awal usia untuk mengelakkan daripada perkara sebegini terjadi. Pelan perancangan persaraan yang baik akan memberi ketenangan dari segi kewangan dan menjamin keselesaan sepanjang menjalani waktu persaraan anda.

  • Membebaskan diri dan keluarga dari beban hutang.
  • Mempunyai simpanan yang mencukupi.
  • Mempunyai perlindungan insurans dan takaful yang mencukupi untuk diri dan keluarga.
  • Menyediakan dana kecemasan sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.
  • Menjalani kehidupan persaraan yang selesa.
- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini