27.2 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Terra Classic Turun Lebih 80%

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Platform pertukaran matawang kripto, Huobi dan Binance menunjukkan sokongan positif dalam pembangunan Terra Luna 2.0.

Huobi turut menegaskan akan menyokong Luna 2.0 selepas komuniti Terra mengundi untuk meluluskan cadangan pembinaan Luna 2.0.

Dalam cadangan tersebut, Terraform Labs akan menggunakan rantaian block baharu yang dipanggil sebagai Terra 2.0 manakala token luna yang telah jatuh sebelum ini akan dinamakan semula sebagai Terra Classic (LUNC). Selain itu, stablecoin UST tidak akan dimasukkan di dalam ekosistem Terra yang baharu dilancarkan semula ini.

Token Luna yang baru dicipta turut akan diedarkan kepada pemegang token Terra Classic yang sedia ada.

Pada masa yang sama, platform pertukaran matawang kripto seperti Bybit, Kucoin dan Crypto.com turut menyuarakan sokongan mereka terhadap Terra 2.0 beberapa minit selepas cadangan tersebut diluluskan.

Terra 2.0 telah dilancarkan secara langsung pada 27 Mei 2022 yang lalu, selepas proses airdrop token Luna yang baharu tersebut dijalankan. Berikutan pelancaran Terra 2.0 ini, Terra Classic dilihat telah menurun, lebih dari 80% sejak tempoh mulanya kejatuhan token tersebut dan kini didagangkan pada harga $0.0001294, menurut sumber dari CoinMarketCap.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini