32.8 C
Malaysia
Friday, April 19, 2024

Krisis Inflasi Global Yang Memuncak

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Pandemik Covid-19 yang telah berlaku di seluruh dunia telah memberi kesan yang mendalam kepada dunia terutamanya pada sektor ekonomi dunia. Hal ini dapat dilihat apabila berlakunya lonjakan inflasi yang sangat tinggi kepada banyak negara semasa di dalam fasa pemulihan ekonomi dunia.

Lonjakan inflasi yang berlaku adalah disebabkan beberapa faktor. Antara faktornya adalah gangguan rantaian bekalan makanan yang berlaku sepanjang pandemik dan ketegangan geopolitik yang berlaku antara Rusia dan Ukraine.

Peperangan yang berlaku antara Rusia dan Ukraine telah menyebabkan negara barat terpaksa membuat sekatan ekonomi terhadap Rusia yang bertujuan untuk menghentikan serangan Rusia ke atas Ukraine.

Sekatan ekonomi ke atas Rusia yang di sebabkan oleh ketegangan antara Rusia dan Ukraine menjadi antara faktor berlakunya inflasi global

Namun yang berlaku adalah negara-negara yang mempunyai kebergantungan kepada hasil daripada Rusia turut terkesan dalam sekatan ekonomi yang berlaku.

Inflasi merupakan kenaikan harga yang berlaku untuk barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa.

Kadar inflasi yang tinggi akan memberi kesan yang negatif kepada masyarakat terutamanya kepada yang berpendapatan sederhana dan miskin. Perkara yang lebih membimbangkan jika masalah ini berterusan adalah penurunan taraf hidup masyarakat disesebuah negara tersebut dan akan berlakunya jurang kemiskinan yang sangat besar dikalangan masyarakat.

Peningkatan kadar inflasi yang tinggi telah berlaku di beberapa negara dan pendemik yang berlaku antara faktor kenaikan kadar inflasi ini ditambah lagi dengan masalah dalaman yang berlaku di negara tersebut.

Sebagai contoh di Turki, kadar inflasi tahunan negara tersebut telah meningkat hingga puluhan peratus. Perkara ini disebabkan oleh krisis ekonomi yang berlaku di negara tersebut. Kadar inflasi di Turki menjadi yang tertinggi pada masa ini.

Rakyat Turki membuat protes disebabkan oleh peningkatan kadar inflasi yang menjejaskan kuasa membeli orang ramai

Selain itu, kadar inflasi tahunan di Amerika Syarikat turut naik sebanyak 8.3 peratus dan menjadikan nilai ini hampir kepada nilai tertinggi yang pernah dicatat dalam 40 tahun kebelakangan ini.

Kenaikan kadar inflasi di Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh kenaikan harga barangan keperluan pengguna. Namun peningkatan nilai ini adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan bulan yang sebelumnya yang mencapai nilai 8.5 peratus Year on Year (YOY). Kenaikan harga makanan, tempat tinggal, tiket pesawat dan harga kenderaan menjadi antara penyumbang kepada kenaikan kadar inflasi di negara tersebut.

Berikut merupakan senarai 10 negara yang mengalami peningkatan kadar inflasi tertinggi di dunia:

  1. Turki peningkatan kadar inflasi sebanyak 69.97 % Year on Year
  2. Argentina peningkatan kadar inflasi sebanyak 55.1 % Year on Year
  3. Rusia peningkatan kadar inflasi sebanyak 16.7 % Year on Year
  4. Brazil peningkatan kadar inflasi sebanyak 12.13 % Year on Year
  5. Belanda peningkatan kadar inflasi sebanyak 9.6 % Year on Year
  6. Sepanyol peningkatan kadar inflasi sebanyak 8.4 % Year on Year
  7. Amerika Syarikat peningkatan kadar inflasi sebanyak 8.3 % Year on Year
  8. Mexico peningkatan kadar inflasi sebanyak 7.98 % Year on Year
  9. Jerman peningkatan kadar inflasi sebanyak 7.4 % Year on Year
  10. Britain peningkatan kadar inflasi sebanyak 7 % Year on Year

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini