23 C
Malaysia
Wednesday, April 24, 2024

Elon Musk – Insight

Mesti Baca

5 Tips Elon Musk Kepada Orang Muda Untuk Berjaya

Elon Musk adalah antara orang terkaya di dunia. Beliau adalah pengasas SpaceX dan salah seorang pengasas Tesla. Sejak kecil, beliau telah memupuk minat dalam komputer engineering menunjukkan bahawa beliau mempunyai banyak kebolehan dalam sektor ini. Dalam salah satu temu bual, beliau mengakui bahawa sebelum beliau menjadi ahli perniagaan yang berjaya, beliau hanya tinggal di pejabat kerana beliau tidak mampu membayar sewa untuk sebuah apartmen.

Bagaimanapun, Elon menghadapi segala kesukaran dalam kerjayanya yang kini menjadikannya orang terkaya di dunia. Oleh itu, adalah wajar menerima beberapa nasihat daripada Elon Musk untuk kejayaan perniagaan.

Article ini adalah untuk memberi “insight” kepada para pembaca tentang rahsia dan tips daripada Elon Musk dalam membuatkan sesuatu bisnes itu berjaya.

1. “Pursue your passion”

Walaupun beliau adalah seorang ahli perniagaan, Elon Musk lebih melihat dirinya sebagai seorang jurutera dan seorang yang suka menyelesaikan masalah-masalah teknikal. SpaceX adalah salah satu ciptaannya, bukan dicipta untuk hanya bisnes, tetapi ia adalah salah satu minatnya untuk mengeksploari angkasa. Kebiasaannya, kos teknologi kapal angkasa adalah sangat mahal. Oleh yang demikian, visi beliau adalah untuk membina sebuah kapal angkasa yang lebih murah.

2. “Think big”

Elon Musk terkesan dengan buku-buku yang dibaca pada masa zaman mudanya ketika di Afrika Selatan. Idea bisnesnya dianggap mustahil untuk ramai orang. Namun, beliau mampu merealisasikan ideanya.

3. “Take risks”

Risiko adalah topik yang selalu dibincangkan oleh ahli-ahli perniagaan. Sebagai seorang CEO, adalah disarankan untuk mengambil risiko dalam sesuatu bisnes. Ahli perniagaan yang berjaya juga turut menghadapi masa yang sukar. Elon Musk menghabiskan tempoh masa yang lama berhutang dan dia terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakannya untuk membiaya perbelanjaannya. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak memutuskan semangat beliau kerana ia membuahkan hasil yang baik, menyebabkan beliau menjadi jutawan terkaya pada masa kini.

4. “Do not listen to criticism”

Untuk Elon Musk, hanya kepercayaan beliau yang penting dan beliau tidak menghiraukan apa yang orang lain katakan. Ramai yang tidak percaya pada SpaceX dan Tesla pada awalnya namun kedua-dua ini telah mengaut untung yang banyak. Sikap yakin pada diri ini yang membuatkan kedua projek ini untuk menjadi successful.

5. “Do not waste your money”

Elon Musk menasihati peniaga muda untuk melabur wang ke syarikat dengan teliti dan berhati-hati. Contohnya, tidak menggunakan wang hanya kepada marketing. Ini adalah cara bisnes yang dilakukan beliau. Bagi Elon, produk yang berkualiti tidak memerlukan banyak marketing kerana produk yang baik akan membesar dengan sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini