31.8 C
Malaysia
Friday, April 19, 2024

Pedagang Sepenuh Masa VS Separuh Masa (Bahagian 2)

Mesti Baca

Hebi
Hebi
"LEBIH BAIK RUGI TERLEPAS TRADE DARI RUGI SELEPAS TRADE"

Sambungan dari artikel sebelum ini – Pedagang Sepenuh Masa VS Separuh Masa

Gaji Vs Keuntungan Forex

Kita cipta beberapa situasi seperti berikut;

SITUASI PERTAMA

Anda bergaji RM2000 / bulan. Apapun jadi, anda sakit atau stress, anda gagal dalam dagangan, tiada masa untuk berdagang, anda tetap akan dapat gaji.

Ada kwsp, SOCSO dan mungkin akan menerima wang apabila sudah pencen. Ada insuran dari majikan (syarikat swasta).

Masalah : anda merasakan anda tidak mempunyai kewangan yang kukuh dengan hasil pekerjaan dan disebabkan itu juga anda mula berdagang forex.

SITUASI KEDUA

Anda bergaji RM2000 dan imbuhan tambahan dari keuntungan konsisten forex RM2000 / bulan. Menjadikan jumlah gaji bulanan RM4000.

Sekiranya anda rugi dalam dagangan, anda masih menerima gaji di tempat kerja untuk menampung kos penting bulanan.

Masalah : anda rasa tiada masa untuk berdagang disebabkan kekangan masa dan urusan pekerjaan. Dan anda mula memikirkan untuk berhenti kerja dan meneruskan kehidupan sebagai pedagang forex sepenuh masa.

SITUASI KETIGA

  • Berhenti Kerja + keuntungan konsisten forex RM2000 / bulan
    Jumlah gaji bulanan berbalik semula kepada RM2000. Di mana motif anda berdagang untuk duit lebih pada awalnya telahpun hilang.

    Namun kali ini, anda akan stress sekiranya anda mengalami kerugian. Sekiranya anda mahukan kehidupan seperti di situasi kedua (RM4000) anda terpaksa gandakan dagangan anda kepada 2 kali ganda. Harus diingatkan, gandaan bermaksud keuntungan berganda namun kerugian juga akan berganda.
  • Anda juga tidak memiliki segala faedah di dalam syarikat pekerjaan seperti Situasi Pertama dan Situasi Kedua.
  • Masa inilah anda terpaksa berbalik semula kepada topik kita di ‘Fikir Negatif’.

Mana yang lebih baik? Sepenuh masa atau separuh masa?

Pedagang Sepenuh Masa VS Separuh Masa mana yang lebih baik adalah bergantung pada situasi dan keadaan individu itu sendiri. Baik untuk kita tidak semestinya baik untuk orang lain, atau sebaliknya. Setiap apa yang dilakukan di dalam kehidupan kita, hendaklah difikirkan panjang dan matang. Terutama sekali, jika ia membabitkan insan rapat di sekeliling kita.

Jika anda telahpun bersedia secara mental dan bersedia menghadapi cabaran yang disoalkan penulis di atas. Jika terpaksa berhenti kerja atas sebab penting, maka berhentilah pekerjaan anda, terutama jika ia boleh meningkatkan kualiti kehidupan anda dan keluarga.

Jika anda rasa sukar untuk menghadapi cabaran selepas hilang pekerjaan dan dalam masa yang sama tiada keperluan untuk menjadi pedagang sepenuh masa, kerja pun santai dan ‘stress free’, maka dinasihatkan jangan berhenti pekerjaan dan teruskan dengan pekerjaan anda.

Kesimpulan,

Setiap pilihan ada baik dan buruknya. Pilihlah mana2 yang mampu mengekalkan dan menaikkan kualiti hidup anda dan keluarga. Pastikan mempunyai kewangan yang kukuh sebelum menjadi pedagang sepenuh masa untuk mengelakkan masalah kewangan yang lebih teruk pada masal hadapan. Dan sekiranya majikan semasa meletakkan maruah anda ‘di bawah tapak kaki’ mereka, tepuk dada tanya selera….

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini