23.1 C
Malaysia
Wednesday, April 24, 2024

Pedagang Sepenuh Masa VS Separuh Masa

Mesti Baca

Hebi
Hebi
"LEBIH BAIK RUGI TERLEPAS TRADE DARI RUGI SELEPAS TRADE"

Ini adalah permulaan langkah sebelum menentukan halatuju anda sebagai pedagang forex (tukaran jual beli matawang asing) sepenuh masa. Menjadi seorang pedagang sepenuh masa adalah impian kebanyakan pedagang di dunia.

Berikut antara alasan yang popular yang sering digunakan:

  • Sebuah kehidupan yang lapang dan bebas bersama keluarga.
  • Tiada tekanan dari tempat kerja (herdikan pihak atasan, lambakan kerja yang tidak berkesudahan, kerja lebih masa).
  • Tidak perlu bangun awal untuk bersesakan pada waktu kemuncak.
  • Tidak terikat dengan jadual pekerjaan.
  • Keuntungan dagangan yang lebih besar dari gaji pekerjaan sedia ada.

Tidak dinafikan, kesemua alasan tersebut adalah tidak mustahil sekiranya dirancang dengan betul. Namun perkara ini akan menjadi masalah yang sangat besar sekiranya anda bertindak melulu dan memutuskan untuk berhenti kerja hanya kerana mendapat keuntungan yang konsisten selama beberapa bulan sahaja.

Ramai pedagang forex disekeliling penulis yang mampu melakukannya, namun lebih ramai yang gagal dan tersungkur sejurus selepas berhenti kerja sehinggakan mereka terpaksa hidup berhutang dan mencari semula pekerjaan lain untuk menampung kehidupan mereka dan keluarga.

Harus diingatkan disini, keputusan yang dibuat bukanlah keputusan untuk diri anda sahaja, malah ianya keputusan yang akan membabitkan isteri dan anak-anak.

Perancangan Awal

Antara perkara yang anda harus fikirkan sebelum memulakan hidup sebagai pedagang sepenuh masa adalah;

  • Jumlah hutang bank.
  • Kos bil dan utility bulanan.
  • Simpanan kecemasan (simpanan masa tua, simpanan kemalangan dan kos rawatan, kerosakan rumah dan kenderaan).
  • Insurans
  • Kos keperluan dan makanan seisi rumah.

Sekiranya anda berhenti kerja, keuntungan anda setiap bulan haruslah mampu membayar semua kos di dalam senarai diatas. Anda juga perlu mempunyai simpanan yang cukup untuk melunaskan kesemua senarai diatas selama beberapa bulan sekiranya dagangan anda mengalami kerugian untuk beberapa bulan.

Fikir Negatif

Kadangkala, berfikiran negatif mampu menyelamatkan anda dari melakukan keputusan yang terburu-buru dan mampu menyiapkan anda untuk menghadapi masalah yang mungkin mendatang. Tanyakan pada diri ;

  • sekiranya anda rugi pada bulan ini, bagaimana cara anda hendak membayar perkara penting setiap bulan? (merujuk pada senarai perancangan awal)
  • adakah pekerjaan anda mengganggu kualiti kehidupan anda?
  • Adakah persekitaran tempat kerja sekarang tidak sihat untuk tubuh badan dan mental anda serta keluarga?
  • Adakah anda perlu berhenti kerja bagi menjaga ahli keluarga yang sakit atau kurang upaya?
  • Apakah akan terjadi sekiranya anda terlibat dalam kemalangan atau mengalami masalah kesihatan yang membuatkan anda tidak mampu untuk berdagang forex? Siapa akan mula menanggung atau membayar kos penting saraan hidup anda dan keluarga?? Dan siapa akan membayar kos perubatan anda?
  • Apa akan jadi pada emosi anda sekiranya anda terpaksa menjaga ahli keluarga yang sakit dan tiada masa untuk berdagang?
  • Adakah majikan ketika ini ada caruman kwsp untuk digunakan anda pada masa tua? Atau memberikan pencen?

Semua persoalan diatas hanya dapat dijawab oleh anda sendiri, kerana setiap individu mempunyai kehidupan yang tidak sama dengan individu yang lain. Soalan tersebut boleh memberikan anda sedikit idea sama ada perlu atau tidak untuk anda menjadi pedagang sepenuh masa atau separuh masa.

Artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak membabitkan mana-mana pihak. Penulisan ini berdasarkan pengalamannya pedagang di sekelilingnya terutama dari kalangan rakan-rakan.

  • Artikel seterusnya

Pedagang Sepenuh Masa VS Separuh Masa – Gaji VS Keuntungan Forex



- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini