22.8 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Rusia Mendahului Negara Lain Menerima Kripto Sebagai Matawang Sah

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Kerajaan Rusia dilaporkan telah mencadangkan peraturan baharu untuk mengiktiraf matawang kripto sebagai tukaran nilai yang sah.

Peraturan baharu ini akan membawa industri kripto ini keluar dari zon ‘kelabu’ sekaligus akan membuka kepada peluang untuk aktiviti perniagaan yang sah.

Dalam peraturan baharu ini, membenarkan pihak berkuasa memantau dan menyelia transaksi matawang kripto bagi memastikan perlindungan kepada pengguna.

Kementerian kewangan Rusia turut menentang keras pendirian anti-kripto Bank of Russia dan mendapatkan sokongan daripada kerajaan untuk membenarkan matawang kripto sebagai aset pelaburan dan membenarkan bank untuk memperdagangkannya.

Menteri kewangan Rusia Anton Siluanov telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin. Memetik dari surat itu, Siluanov telah menggariskan perbezaan antara kedua-dua institusi dan membentangkan hujahnya untuk menghalalkan matawang kripto sebagai aset kewangan.

Kedua-dua institusi ini bersetuju bahawa matawang kripto ini tidak seharusnya sah namun tidak bersetuju sama ada matawang kripto ini harus disahkan sebagai aset atau diharamkan sepenuhnya.

Bank of Russia turut menerbitkan laporan setebal 37 muka surat dan didalam laporan itu menyatakan larangan sepenuhnya terhadap penggunaan dan perlombongan matawang kripto di Rusia.

Didalam laporan itu juga turut menyatakan bahawa penggunaan dan perlombongan matawang kripto akan menjadi ancaman kepada kestabilan matawang, kedaulatan monetari dan kebimbangan alam sekitar.

Pada februari, kerajaan Rusia telah mendedahkan angka pengguna matawang kripto di negara tersebut. Dianggarkan rakyat Rusia memiliki 12% daripada pegangan dunia kripto yang bernilai $214 bilion.

Oleh kerana itu, Kementerian kewangan Rusia telah mencadangkan satu peraturan baharu dimana bank tertentu akan diberikan lesen universal untuk berdagang matawang tersebut dan dikawal ketat.

Untuk memastikan hak perlindungan rakyat rusia terus dibela, pihak berkuasa akan membahagikan pelabur kepada dua kelas iaitu ‘qualified ‘ dan ‘non-qualified ‘.

Selain itu, pembekal perkhidmatan kripto diwajibkan untuk memenuhi beberapa syarat berkaitan ‘capital ‘ dan ‘liquidity ‘ .

Pembekal perkhidmatan juga bertanggungjawab untuk memberitahu kepada pengguna matawang kripto ini di negara tersebut berkaitan risiko dagangan matawang kripto ini.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini