23.5 C
Malaysia
Thursday, April 25, 2024

Strategi Dagangan (Scalping)

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Terdapat 4 strategi dagangan yang boleh digunakan oleh pedagang bergantung kepada personaliti masing-masing. 4 strategi dagangan tersebut ialah :

  1. Scalping
  2. Intraday
  3. Swing
  4. Position


Scalping

Scalping merujuk kepada kaedah trading yang mensasarkan jumlah keuntungan yang sedikit tetapi berdagang dengan lebih kerap. Pedagang biasanya mensasarkan antara 3 pip hingga 10 pip sahaja. Dagangan di jalankan hampir setiap hari dengan menggunakan time frame yang kecil seperti M1 hingga M15. Jumlah dagangan harian antara 5 hingga 20 kali sehari.

Kaedah dagangan ini boleh di jalankan sama ada semasa pasaran agak perlahan mahupun sewaktu pasaran sedang aktif.

Dagangan yang di jalankan sewaktu pasaran agak perlahan di mana pergerakan pasaran lebih berbentuk range bound di mana pasaran bergerak naik dan turun dalam satu jarak yang agak kecil tetapi berulang-ulang. Contoh seperti di bawah di mana matawang GBP/USD di time frame M1 bergerak di dalam range bound antara harga 1.35625 dan 1.35705. Perbezaan pip diantara harga terendah dan tertinggi ialah sebanyak 8 pip atau 80 point sahaja.

Pasaran berbentuk range bound ini biasanya terjadi sewaktu pasaran masih belum di buka. Pasangan matawang GBP dan USD biasanya aktif apabila pasaran London dan New York telah dibuka. Jadi sewaktu sesi dagangan Asia, pasangan matawang ini biasanya tidak banyak pergerakan dan berlakulah pergerakan range bound.

Pedagang biasanya akan menjalankan dagangan jual dan juga beli secara berselang-seli. Beli (buy) apabila harga mencecah di kawasan support dan jual (sell) pula di lakukan apabila harga mencecah kawasan resistance.

Selain dari menggunakan range sebagai panduan, pedagang juga boleh menggunakan indikator seperti bollinger band, Relative Strength Index (RSI) dan juga Stochastic untuk mencari  tempat terbaik untuk membuat belian atau jualan. Pedagang biasanya tidak akan memegang sesuatu posisi dagangan dalam jangka masa yang lama. Kebiasannya posisi dagangan akan di tutup dalam tempoh antara 5 minit hingga 1 jam bergantung kepada pergerakan pasaran.

Kaedah scalping juga boleh di jalankan semasa pergerak pasaran lebih aktif apabila pasaran telah dibuka. Namun kaedah scalping semasa pasaran aktif perlu mengambil kira arah atau trend pergerakan pasaran. Sebaiknya posisi dagangan dibuka selari dengan arah pasaran pada waktu tersebut kerana pergerakan melawan arah pasaran boleh menyebabkan kerugian yang agak besar berbanding keuntungan yang dapat dibuat.

Kaedah “breakout” adalah salah satu contoh bagi menentukan arah pergerakan pasaran seperti contoh carta di bawah. Zon kuning itu adalah resistance yang terbentuk sewaktu pasaran Asia. Sebaik menghampiri pasaran London, resistance tersebut telah berjaya di lepasi (breakout) dan ini biasanya menunjukkan bahawa ada kemungkinan pergerakan pasaran adalah keatas atau uptrend. Sewaktu pasaran uptrend, sebaiknya posisi dagangan ditumpukan kepada belian (buy) sahaja.

Namun di mana untuk membeli memerlukan petunjuk lain untuk mendapatkan harga belian terbaik. Sebagai contoh di bawah, belian boleh di buat apabila ada bullish engulfing candle terbentuk. Kebiasaannya dagangan sewaktu pasaran sedang bergerak aktif untuk kaedah scalping ini tidak memerlukan masa yang lama untuk menutup dagangan tersebut berbanding dagangan kaedah scalping sewaktu range bound. Selain dari kaedah breakout, indikator seperti moving average dan bollinger band juga boleh digunakan. Namun apa sahaja kaedah yang mahu digunakan, perlulah di lakukan backtest terlebih dahulu untuk mendapatkan statistik kerugian dan keuntungan bagi memastikan kaedah tersebut dapat memberikan pulangan untuk jangka panjang.

Kaedah scalping sama ada range bound atau sewaktu pasaran aktif lebih sesuai untuk pedagang yang mempunyai personaliti agresif atau aktif kerana dagangan jenis ini memerlukan kita membuat keputusan cepat sama ada untuk menutup posisi sewaktu untung mahupun rugi.

Kaedah ini sebaiknya di jalankan di akaun yang spread rendah kerana sasaran keuntungan juga adalah pip yang sedikit.

Penulisan seterusnya saya akan sentuh untuk strategi dagangan yang lain. Terus ikuti artikel saya yang seterusnya untuk mengetahui lebih tips dan panduan untuk seorang pedagang.

Namun harus di ingat, setiap dagangan itu melibatkan risiko jadi sentiasalah meminimakan risiko kerugian dalam setiap dagangan kerana sebagai pedagang kita akan berhadapan dengan posisi dagangan yang menguntungkan dan juga merugikan.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini