34.3 C
Malaysia
Saturday, July 27, 2024

India Mengeluarkan “Rupee Digital”

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Menteri Kewangan India, Nirmala Sitharaman, mengumumkan cukai sebanyak 30% ke atas pendapatan untuk setiap pemindahan matawang kripto di negara tersebut.

Nirmala turut mengumumkan bahawa Reserve Bank of India akan mengeluarkan matawang digital itu bermula pada April tahun ini.

Pengeluaran matawang digital ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi ekonomi digital di negara tersebut.

Matawang digital juga akan membawa kepada sistem pengurusan yang lebih cekap dan lebih murah. Oleh itu, Reserve Bank of India akan mengeluarkan Rupee digital dengan menggunakan blockchain dan teknologi lain dan dijangka dikeluarkan mulai 2022 – 2023″ kata Nirmala pada pembentangan belanjawan tahunan negara tersebut.

Menjelang April, India akan mempunyai matawang kripto tersendiri yang menyerupai matawang fizikal negara tersebut dan matawang ini akan dikenali sebagai “Rupee Digital”.

Matawang ini dikeluarkan oleh bank pusat India dalam bentuk digital dan matawang ini juga boleh digunakan atau ditukar ganti dengan matawang fizikal (Rupee) negara tersebut.

Walau bagaimanapun, matawang yang bakal dikeluarkan ini tidak sama dengan matawang kripto lain yang telah berkembang sejak sedekad yang lalu dimana matawang Rupee digital ini akan turut menjadi sandaran bagi hutang dan liabiliti sedia ada.

Namun, peraturan untuk pengawalan matawang digital yang dicadangkan ini masih belum dimuktamadkan.

Dari aspek percukaian, Nirmala turut berkata, “Penambahan cukai sebanyak 30% akan dikenakan ke atas pendapatan daripada setiap transaksi matawang kripto di negara tersebut.”

Cadangan percukaian ini boleh berkuat-kuasa bermula pada awal April ini selepas mendapat kelulusan belanjawan di parlimen.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini