25.1 C
Malaysia
Thursday, April 25, 2024

Dua Sifat penting Untuk Konsisten Dalam Trading

Mesti Baca

Hebi
Hebi
"LEBIH BAIK RUGI TERLEPAS TRADE DARI RUGI SELEPAS TRADE"

Dalam forex ada 2 perkara yang menjadi teras untuk berjaya yang kebiasaannya sukar dilakukan kebanyakkan pedagang. Trader yang berpengalaman juga turut tidak terkecuali.

1. Syukur 

Tanpa sifat syukur, kemungkinan untuk terjadinya overtrade adalah sangat tinggi.

Jika anda sebagai pendagang baru yang mampu memperoleh keuntungan yang lebih banyak dari gaji pekerjaan hakiki, anda perlulah mula merasa syukur.

Kerana jika anda tidak menetapkan sasaran keuntungan, ini akan menyebabkan anda sentiasa menginginkan keuntungan yang lebih, selagimana pasaran forex masih dibuka.

Ini antara pemikiran yang banyak membunuh pedagang baru dalam dunia forex :

  • Tamak : “jika aku mampu untung banyak pagi ini, pasti aku mampu untung lebih banyak pada petang dan malam ini…”
  • Menaruh nasib : “ ‘takkan’ la nasib aku malang sangat untung rugi setup setiap kali aku masuk posisi”
  • Terlalu yakin : “jika pagi sudah untung, apa salahnya jika aku teruskan dagangan sehingga ke malam. Pasti akan untung lebih lagi”
  • Merisikokan keuntungan awal hari : “malam ini aku ingin menggunakan keuntungan aku pada pagi tadi”
  • Tidak mahu melakukan pengeluaran wang untung : “jika aku mampu lakukan usd10 kepada usd100, tidak mustahil untuk aku capai usd200 dalam masa terdekat dan gandaan seterusnya”
  • Menggenapkan keuntungan : “eh, aku nak genapkan usd100 lah, lagi 1usd saja aku perlukan”

2. Sabar

Tanpa perasaan sabar, akan terjadinya :

  • Posisi tanpa setup jelas.
  • rasa gelisah dan resah sentiasa menemani sepanjang hari jika tiada dagangan dilakukan.
  • Bagi anda, dagangan adalah wajib setiap hari.
  • Pencarian alasan untuk mencipta setup yang tidak atau hampir wujud.

Maka wujudlah posisi yang boleh berunsurkan judi atau terlalu awal. Kejadian ini seterusnya akan disusuli dengan penyesalan dan perasaan ingin membalas dendam terhadap pasaran (sekiranya mengalami rugi)

KESIMPULAN

Nasihat penulis, SETUP ADA SAMPAI KIAMAT, jangan dikejar candle mt4 tersebut.

LEBIH BAIK RUGI TAK MASUK SETUP, DARIPADA RUGI SELEPAS MASUK SETUP.

Ringkasan formula keuntungan
Syukur + Sabar = Disiplin
Disiplin akan menghasilkan Konsisten
Disiplin + Konsisten akan menjana Profits

Artikel ini hanyalah pendapat peribadi penulis dan tidak membabitkan mana-mana pihak. Penulisan berdasarkan pengalamannya pedagang di sekelilingnya terutama dari kalangan rakan-rakan dagangan.


“SETUP ADA SAMPAI KHIAMAT, LEBIH BAIK RUGI TAK MASUK SETUP, DARIPADA RUGI SELEPAS MASUK SETUP.”

Qusyairi @ Hebi Fx

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini