32.8 C
Malaysia
Friday, April 19, 2024

Kenanga Melancarkan “Penasihat Robo”

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Dalam usaha membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk melabur dan menyimpan untuk masa depan, Kenanga Investmen Bank Berhad telah melancarkan Kenanga Digital Investing (KDI) penasihat Robo yang dipacu teknologi kecerdasan buatan (AI).

Penasihat Robo ini direka bertujuan sebagai pemudah cara rakyat Malaysia untuk melabur dan menyimpan.

Dengan adanya teknologi ini akan menambah lebih banyak portfolio pada platfom pelaburan tanpa pengaruh manusia di Malaysia.

KDI ini juga telah menerima perlesenan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan turut menawarkan dua produk berbeza iaitu KDI Save dan KDI Invest.

KDI Save membolehkan pelanggan KDI memperoleh pulangan harian atas simpanan mereka tanpa tempoh kunci dan tiada sebarang yuran pengurusan yang dikenakan.

Manakala, KDI Invest pula membuka akses kepada pelanggan untuk meluaskan aset mereka dengan melabur secara global melalui Dana Dagangan Bursa (ETF).

Dengan pelaburan awal serendah RM250, pelanggan boleh melabur dalam ekuiti global.

Mulai sekarang sehingga akhir tahun, KDI menawarkan kadar faedah tetap sebanyak 3%, Jadi inilah masa yang sesuai untuk mencuba KDI sekarang.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini