23.3 C
Malaysia
Thursday, March 28, 2024

Berbaloi ke melabur di ASB?

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu instrumen pelaburan yang diperkenalkan oleh kerajaan khas untuk bumiputera.

Terdapat ramai bumiputera yang ingin melabur. Namun disebabkan takut dengan risiko kerugian dan ditipu, ramai yang membatalkan hasrat mereka untuk melabur.

Dengan adanya ASB ini sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai untuk melabur kerana modal yang dilaburkan adalah dijamin.

Nilai pulangan dividen yang tinggi berbanding instrumen pelaburan yang lain

Sejak diperkenalkan pada tahun 1990 kepada rakyat berstatus bumiputera di Malaysia, ASB telah merekodkan pemulangan dividen tahunan melebihi 8% kepada pemilik akaun ASB.

Nilai dividen tahunan ni adalah lebih tinggi berbanding instrument pelaburan yang terdapat di negara ini. Sebagai contoh, Deposit Tetap (Fixed Deposit) lazimnya pemulangan dividen tahunan untuk instrumen ini adalah sekitar 3.0% hingga 3.5% tahunan.

Pelaburan jangka masa panjang

Jika anda mencari pelaburan untuk jangka masa yang panjang, ASB merupakan platfom pelaburan yang terbaik yang anda boleh gunakan.

Sebagai contoh, anda melabur pada jumlah yang maksimum pada ASB iaitu RM 200,000. Dengan dividen tahunan 8% setiap tahun dan tempoh pelaburan selama 20 tahun.

Selepas 20 tahun tempoh pelaburan anda akan dapati pelaburan anda akan meningkat naik menjadi sekitar RM 850,000 hingga RM 950,000.

Tiada caj tambahan untuk pengeluaran

Harga seunit dana telah ditetapkan sebanyak RM 1.00 dan tiada caj jualan atau caj tambahan untuk penebusan unit.

Had maksimum pelaburan Sebanyak RM 200,000 boleh dicapai melalui pinjaman ASB

ASB mempunyai had maksimum sehingga RM 200,000 dan pelabur hanya dibenarkan meningkatkan jumlah pelaburan mereka sehingga had maksimum ini.

Walaupun begitu, pertumbuhan pelaburan dalam ASB tiada had maksimum. Keuntungan modal yang kekal didalam akaun ASB akan terus tahun demi tahun.

Menyebabkan jumlah keseluruhan dalam akaun akan melebihi RM 200,000.

Pelabur bebas membuat pengeluaran bila-bila masa

Sekiranya pelabur ingin menghentikan sebarang aktiviti pelaburan, pelabur dibenarkan melakukannya pada bila-bila masa.

Aktiviti pengeluaran juga boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa sebarang caj atau yuran tambahan.

Dividen akan diagih setiap tahun namun akan dihitung secara bulanan mengikut kadar minimum bulan tersebut.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini