25.1 C
Malaysia
Thursday, April 25, 2024

Persediaan Asas Seorang Pedagang (Bahagian 2)

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Terdapat 2 persediaan yang perlu di lakukan apabila kita mahu melibatkan diri dalam Financial Instruments Trading iaitu ilmu pengetahuan dan modal.

Topik berkaitan ilmu pengetahuan boleh rujuk kepada artikel sebelum ini. Dalam artikel ini kita akan menyentuh persediaan asas yang ke 2 iaitu modal.

Setiap perniagaan atau pelaburan memerlukan modal. Modal untuk pedagang boleh di bahagikan kepada 2 iaitu modal untuk belajar dan modal untuk berdagang.

Modal untuk belajar ini jumlahnya tidak menentu dan bergantung dengan siapa kita mahu belajar. Ada tenaga pengajar yang mengenakan yuran yang rendah dan ada juga yang mengenakan yuran yang agak tinggi.

Selain dari yuran kursus, kos lain yang terlibat ialah kos penginapan dan pengangkutan sekiranya kursus yang dihadiri itu agak jauh dari tempat tinggal pedagang. Sekiranya kursus di jalankan secara atas talian, kos ini boleh diabaikan.

Selain dari kursus berbayar, kita juga boleh mendapatkan ilmu dari sumber-sumber percuma di YouTube dan Website serta kursus percuma yang disediakan oleh pihak broker sama ada secara “Offline” mahupun “Online”.

Persaingan sihat antara broker dengan menyediakan program pendidikan memberikan kelebihan kepada pedagang untuk mengikuti kursus-kursus yang diadakan secara percuma.

Modal untuk berdagang adalah suatu yang wajib di sediakan. Jumlah modal pula bergantung kepada kemampuan setiap pedagang itu sendiri.

Untuk mereka yang baru mengenali industri ini sebaiknya bermula dengan satu jumlah yang kecil terlebih dahulu kerana semasa proses pembelajaran, pedagang biasanya akan melakukan banyak kesilapan dan mungkin akan kehilangan sebahagian atau keseluruhan modal yang digunakan.

Jadi bermula dengan modal yang kecil adalah lebih baik sehinggalah pedagang betul-betul mahir dengan selok-belok dagangan.

Dagangan dan pelaburan adalah satu industri yang melibatkan risiko, jadi pedagang perlu menggunakan satu jumlah modal yang berdasarkan beberapa kriteria berikut :

1. Modal adalah dari wang lebihan.

Jangan gunakan wang yang hendak digunakan untuk membayar komitmen tetap seperti pembayaran kereta, rumah, utiliti bil dan keperluan lain.

Keuntungan dalam dagangan mengambil masa yang agak panjang jadi menggunakan wang komitmen lain sebagai modal bukanlah satu pilihan yang bijak dan ada kemungkinan pedagang akan rugi keseluruhan wang tersebut.

Ini akan memberikan tekanan kepada mereka yang boleh menjurus kepada masalah yang lebih besar.

2. Hanya menggunakan sedikit dari wang lebihan, bukan kesemuanya.

Sebagai contoh, jika kita mempunyai USD10,000 wang lebihan jangan gunakan semuanya sebagai modal untuk berdagang atau pelaburan.

Peruntukan satu jumlah yang kecil sahaja dari wang lebihan ini. Ambil hanya 10% atau USD1,000 dari wang lebihan untuk di jadikan modal.

Sekiranya berlaku kerugian kepada semua modal yang di peruntukan, pedagang masih lagi mempunyai baki 90% atau USD9,000 sebagai sebagai sandaran modal. Jadi pedagang masih boleh bermula sekali lagi.

3.Jumlah yang di peruntukan perlu diagihkan kepada beberapa kaedah berbeza didalam pelaburan atau dagangan.

Dari jumlah USD1,000 yang di peruntukan sebagai modal permulaan, pedagang boleh pecahkan lagi kepada beberapa kaedah yang berbeza untuk mempelbagaikan sumber pendapatan dan juga risiko.

Sebagai contoh boleh di pecahkan seperti berikut : –

25% dari modal di dagangkan sendiri

25% dari modal di dagangkan dengan menggunakan Expert Advisor

25% dari modal di laburkan kepada beberapa pedagang lain

25% dari modal di dagangkan sendiri berdasarkan Signal dari pedagang lain

Pilihan diatas perlu dilakukan dengan berhati-hati dan mengikut kaedah tertentu untuk memastikan sama ada “Expert Advisor ”, pedagang lain dan juga penyedia signal mempunyai rekod dagangan yang memuaskan.

Kriteria pemilihan ini akan dihuraikan dalam artikel seterusnya.

Sekiranya jumlah modal yang dapat di peruntukan agak kecil, pedagang boleh memilih untuk menggunakan akaun yang memerlukan modal yang kecil untuk memulakan dagangan yang bersesuaian dengan peruntukan modal anda.

Bidang ini penuh dengan risiko jadi pedagang perlu membuat persedian rapi serta persediaan mental untuk berhadapan dengan risiko kerugian modal yang di laburkan namun sekiranya kita berjaya menguasainya dengan baik, faedah yang diperolehi adalah sangat banyak.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Disarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini