24.5 C
Malaysia
Thursday, April 25, 2024

Kenali Kelebihan Penasihat Robo

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Apakah yang dimaksudkan dengan penasihat Robo?

Penasihat Robo merupakan sebuah aplikasi yang dipacu algoritma automatik yang digunakan untuk menguruskan perancangan kewangan atau servis pengurusan pelaburan.

Penggunaan penasihat Robo dalam pengurusan pelaburan dilihat sangat efisien kerana kadar campur tangan manusia yang sangat minimum.

Fungsi penasihat Robo sentiasa diperbaiki dan dinaiktaraf seiring dengan arus dan peredaran industri pelaburan.

Kini permintaan terhadap penasihat Robo semakin meningkat dan hal ini mampu meningkatkan lagi potensi dan akan wujudnya ciri yang lebih baharu dan terperinci.

Bagaimanakah Penasihat Robo berfungsi?

Penasihat Robo dilihat berpotensi menjadi sehebat berinteraksi dengan seorang manusia. Tugas utama pensihat Robo adalah memberi nasihat dan cadangan kepada pelabur dari segi peruntukan aset portfolio.

Penasihat Robo juga akan memilih jenis pelaburan yang bersesuaian dengan pilihan dan matlamat kewangan pengguna.

Selain itu, penasihat Robo juga akan mengumpul segala maklumat pengguna melalui soal kaji selidik secara dalam talian tanpa interaksi dengan manusia.

Apakah manfaat penggunaan penasihat Robo?

Industri penasihat Robo dilihat semakin berkembang pesat sejak kemunculan penasihat Robo yang pertama di dunia, iaitu Betterment yang diperkenalkan kepada industri pelaburan pada tahun 2018.

Dilihat penasihat Robo ini telah menarik perhatian ramai pelabur untuk menggunakannya dalam menguruskan portfolio pelaburan mereka.

Berikut merupakan kelebihan penggunaan penasihat Robo dalam menguruskan portfolio pelaburan anda:

1.Yuran yang rendah

Jika dahulu untuk mendapatkan khidmat nasihat kewangan professional, pelabur haruslah berpengetahuan luas atau mempunyai nilai bersih yang tinggi kerana yuran yang sangat tinggi.

kini, penggunaan penasihat Robo dilihat adalah yang paling menguntungkan dan yuran yang lebih rendah daripada servis nasihat kewangan pribadi.

Kebanyakkan penasihat Robo dalam pasaran hari ini telah menawarkan Fi jualan sebanyak 0% dengan Fi tahunan bermula dari 0.5% sehingga 1%.

2.Modal pelaburan yang rendah

Penggunaan penasihat Robo juga menjadi penyelesaian kepada pelabur yang ingin memulakan pelaburan pada kadar modal yang rendah.

Sebagai contoh, StashAway tidak mengenakan kadar minimum kepada pelabur yang ingin memulakan pelaburan di Malaysia.

3.Tidak perlu pengetahuan kewangan yang terperinci

Penasihat Robo menggunakan kecerdasan buatan atau dikenali sebagai AI, dan hal ini bertujuan untuk memaksimumkan pulangan yang dijangka berdasarkan Teori Portfolio Moden.

4.Tanpa pengaruh emosi

Masalah utama dalam pelaburan adalah pengawalan emosi. Kebiasaannya ramai pelabur tidak dapat mengawal emosi mereka semasa aktiviti pelaburan sedang berjalan.

Dengan penggunaan penasihat Robo, faktor pengawalan emosi dalam pelaburan dapat diatasi.

Hal ini kerana, penasihat Robo menggunakan aturan yang telah diprogramkan tanpa pengaruh emosi manusia dalam membuat keputusan keputusan dalam pelaburan.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini