32.8 C
Malaysia
Friday, April 19, 2024

Kini Pembayaran Lebih Mudah Dengan Imbas Kad Debit Di Telefon Sahaja

Mesti Baca

Kini pembayaran lebih mudah dan pantas dengan hanya mengimbas kad debit pada paparan telefon pintar anda semasa melakukan transaksi pembayaran.

Kemudahan ini dibawa oleh PayNet – Payment Network Malaysia secara terus untuk membantu peniaga bagi menawarkan kaedah pembayaran pada kos yang minimum terhadap pengguna.

Para peniaga tidak lagi perlu bergantung pada terminal tempat jualan (POS) kad tradisional malah boleh menggunakan mana-mana telefan pintar Android yang disokong oleh teknologi Komunikasi Medan Berdekatan (NFC) untuk menerima dan memproses pembayaran MyDebit.

Ini merupakan penyelesaian kepada peniaga-peniaga kecil untuk memudahkan operasi mereka. Dengan hanya bermodalkan telefon pintar dan pelan data, kini semua peniaga boleh menerima pembayaran kad debit daripada pelanggan tanpa perlu menanggung kos transaksi.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini