23.5 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

Ada Plan Nak Memiliki Kad Kredit? Baca Dulu Sebelum Menyesal

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Bila bercakap mengenai kad kredit ramai yang akan memberi pendapat bahawa kad kredit ini akan membebankan dan akan memberi kesan kepada pengurusan kewangan yang teruk kemudian hari. Lebih membimbangkan apabila Jabatan Insolvensi Malaysia mengeluarkan statistik kira-kira 70 orang telah diisytiharkan muflis setiap hari dan jumlah ini terus meningkat setiap tahun.

Dianggarkan 5%-8% muflis disebabkan gagal membayar hutang kad kredit mereka. Kad kredit bukan punca utama seseorang itu muflis tetapi sikap seseorang yang sambil lewa dalam membayar hutang kad kredit dan tidak berdisiplin dalam menggunakan kad kredit.

Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu bahawa kad kredit juga mempunyai banyak kelebihan dalam aspek pengurusan kewangan. Sebagai contoh dengan penggunaan kad kredit yang baik membolehkan anda mempunyai rekod kewangan yang baik dan sekali gus memudahkan segala urusan yang berkaitan dengan pihak bank seperti membuat pinjaman rumah atau pinjaman persendirian.

Selain itu, terdapat banyak lagi kelebihan dan ganjaran kad kredit yang boleh kita nikmati seperti berikut:

Boleh digunakan sebagai duit kecemasan

Kad kredit boleh dijadikan sebagai duit kecemasan apabila anda tidak mempunyai duit. Sebagai contoh anda sedang ditimpa musibah seperti ahli keluarga anda jatuh sakit dan memerlukan kos rawatan yang sangat tinggi dan pada masa tersebut anda tidak mempunyai duit simpanan untuk membayar kos rawatan, jika anda mempunyai kad kredit sekurang-kurangnya anda boleh membayar kos rawatan tersebut.

Boleh elakkan diri daripada ditipu atau scam

Penggunaan kad kredit ini boleh mengelakkan diri daripada ditipu terutamanya apabila anda membuat bayaran secara online. Contohnya, jika anda ingin buat bayaran secara online akan ada pilihan sama ada bayaran melalui bank, kad debit atau kad kredit. Jika anda memilih kad kredit sebagai cara pembayaran, kad kredit itu sendiri adalah third party.

Jika anda menggunakan kad kredit sebagai cara pembayaran dan servis atau barang yang dibeli tidak dapat atau servis tidak wujud, kad kredit akan memulangkan semula wang anda. kalau anda guna cara pembayaran melalui bank atau kad debit mungkin anda akan kehilangan duit tersebut dan menyebabkan anda akan kerugian.

Universal acceptence / boleh digunakan dimana-mana sahaja

Kelebihan yang ketiga adalah kad kredit ini boleh digunakan di mana-mana sahaja seluruh dunia terutamanya kepada anda yang suka melancong ke serata dunia penggunaan kad kredit ini sangat sesuai dan mudah.

Anda tidak perlu risau berfikir mengenai jumlah tunai yang hendak dibawa sepanjang anda melancong selagi merchant terima visa atau mastercard kerana keduanya merupakan pembekal kad kredit yang terkenal serata dunia.





Boleh bina skor kredit anda

Pengunaan kad kredit yang baik juga membolehkan anda membina skor kredit supaya nanti rekod CCRIS anda cantik. Central Credit Reference Information System (CCRIS) merupakan satu laporan atau penyata semua kredit/pinjaman anda dengan bank. Semua rekod kredit anda dengan bank akan dikeluarkan dalam laporan ringkas.

Rekod CCRIS ini akan digunakan oleh pihak bank sekiranya anda ingin membuat pinjaman dengan bank sama ada anda seorang pembayar yang baik atau tidak. Oleh kerana itu, sangat penting untuk anda mempunyai skor kredit yang baik. Pengunaan kad kredit yang baik adalah cara mudah untuk bina skor kredit anda.

Boleh kumpul POINTS

Terdapat banyak cara bayaran yang tersedia pada masa ini tetapi apa yang menariknya dengan penggunaan kad kredit ini adalah anda boleh mengumpul POINTS setiap kali anda berbelanja atau “swipe” kad kredit anda. POINTS yang anda perolehi boleh ditebus dalam bentuk barangan atau perkhidmatan bergantung kepada jenis yang anda guna.

Setiap perkara mempunyai kelebihan dan keburukan termasuklah kad kredit. Penggunaan kad kredit yang berdisiplin dan berhemah sangat membantu dalam pengurusan kewangan peribadi anda. Diharapkan penulisan ini dapat mengubah perspektif anda terhadap kad kredit dan mampu membantu anda dalam menguruskan kewangan.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini