29.6 C
Malaysia
Thursday, April 18, 2024

Krisis Rusia-Ukraine: Harga Barangan Terus Melonjak

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Ketegangan di antara kedua-dua negara ini semakin memuncak apabila Rusia telah melancarkan serangan berskala penuh ke atas Ukraine pada 24 Februari 2022.

Peperangan yang meletus di antara Rusia-Ukraine ini sangat memberi kesan terutamanya kepada penduduk Ukraine. Namun, kesan daripada konflik antara dua negara ini turut memberi kesan kepada seluruh dunia.

Antara kesannya adalah dari segi hubungan diplomatik dan ekonomi. Serangan ke atas Ukraine dan sekatan ekonomi yang dikenakan Barat ke atas Rusia sedikit sebanyak memberi kesan kepada kenaikan harga beberapa barangan penting dalam pasaran.

Minyak

Seperti yang sedia maklum, Rusia merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar selepas Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Rusia telah menyumbang kepada 10% eksport global dan menyumbang sebanyak 30% bekalan minyak kepada negara-negara Kesatuan Eropah.

Harga pasaran minyak dunia meningkat sebanyak dua kali ganda selepas Amerika Syarikat dan United Kingdom membuat keputusan untuk menyekat minyak daripada Rusia.

Selain itu, harga minyak masak juga mengalami peningkatan harga yang ketara selepas mengalami gangguan bekalan daripada Rusia dan Ukraine.

Kedua-dua negara ini merupakan pengeluar dan pengeksport minyak bunga matahari terbesar dunia. Gangguan bekalan ini menyebabkan harga minyak sayuran lain turut meningkat.

Gas Asli

Gas asli merupakan salah satu sumber tenaga utama untuk negara Barat dan Eropah. Rusia merupakan pembekal gas asli terbesar iaitu sebanyak 40% kepada negara-negara kesatuan eropah dan merupakan pembekal kedua terbesar di dunia.

Sebagai hukuman kepada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, Amerika Syarikat telah mencadangkan kepada sekutunya untuk mengadakan sekatan terhadap bahan mentah tersebut.

Namun Rusia telah mengugut untuk menghentikan bekalan gas asli ke Eropah sekiranya Amerika dan sekutunya meneruskan sekatan keatas minyak Rusia.

Negara-negara kesatuan Eropah akan mengalami kenaikan harga yang mendadak untuk bahan mentah tersebut berikutan permintaan tinggi bekalan dari luar sekiranya Rusia menyekat bekalan gas asli mereka.

Logam

Kejatuhan matawang Ukraine dan sekatan ekonomi terhadap Rusia menyebabkan harga logam seperti tembaga, nikel, platinum, aluminium dan paladium meningkat dengan mendadak.

Bahan-bahan logam tersebut merupakan bahan penting dalam penghasilan barangan elektronik, alat ganti kenderaan dan penghasilan besi keluli.

Ukraine dan Rusia merupakan penyumbang terbesar dalam pasaran logam global. Peningkatan harga bahan utama dalam penghasilan barangan elektronik seperti telefon pintar, televisyen dan komputer akan menyumbang kepada kenaikan harga barangan elektrik itu sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini