29.6 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Yuga Labs Mengumpul $450 Juta Untuk Metaverse NFT

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Pencipta NFT Bored Ape Yacht Club (BAYC), Yuga Labs, mengumumkan telah mengumpul sebanyak $450 juta pada penilaian $4 bilion.

Syarikat NFT tersebut dikatakan akan menggunakan dana tersebut untuk pasukannya dan operasi, termasuk projek metaverse baharu yang dipanggil sebagai Otherside.

Dalam projek metaverse ini akan menggabungkan beberapa avatar daripada beberapa projek NFT yang lain termasuk BAYC.

Pada 19 Mac yang lalu, Yuga Labs telah membuat satu tweet berupa teaser berkaitan projek metaverse yang baharu itu. Dalam klip teaser itu juga, dapat dilihat koin kripto terbaharu mereka iaitu ape-themed crypto coin.

Beberapa pelabur turut bekerjasama dalam projek metaverse. Antaranya adalah Andreessen Horowitz, studio permainan Animoca Brands dan syarikat kripto FTX yang kedua-duanya sudah dikaitkan dengan Yuga Labs.

Dilihat juga syarikat gergasi yang lain seperti Google, Samsung, Adidas serta beberapa selebriti seperti Colin Kaepernick, Shaquille O’ Neal, Steve Aoki dan Timbaland turut melabur dalam projek metaverse ini.

Pengumuman metaverse ini dibuat seminggu selepas pelancaran ApeCoin. Selain itu, sebuah entiti baru yang dikenali sebagai ApeCoin DAO yang mengawasi operasi syiling turut dilancarkan.

Terdapat beberapa muka yang berkait rapat Yuga Labs turut bekerjasama dalam projek metaverse ini. Antaranya adalah pengasas bersama Reddit Alexis Ohanian, ketua FTX Gaming Amy Wu, wakil Sound Ventures Maaria Bajwa, Yat Siu dari Animoca Brands dan Dean Steinbeck dari Horizen Labs.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini