22.3 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Mark Zuckerberg – Insight

Mesti Baca

Rules For Success

Pada 2016, Mark Zuckerberg, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, telah disenaraikan antara 10 orang paling berkuasa. Untuk dimasukkan ke dalam senarai itu pada usia 32 tahun, dan dianggarkan bernilai lebih daripada $60 bilion adalah sesuatu yang hebat.

1. Miliki Impian Besar dan Bercita-cita Tinggi

Bina sesuatu yang boleh memberi perubahan positif di dunia dan untuk generasi akan datang. Perbaiki kehidupan orang ramai jika anda mempunyai keuntungan yang lebih. Ketahui apa yang anda ingin capai. Mulakan dari kecil tetapi berfikiran besar dan bersedia untuk berkorban apa sahaja untuk kejayaan.

2. Berani Mengambil Risiko

Perkara di sekeliling anda mungkin kelihatan baik, tetapi anda boleh mencipta dunia yang jauh lebih baik. Berani mengubah dunia dengan mengambil risiko dan selesaikan perkara yang mustahil. Pecah sempadan dan jangan tetapkan had pada diri sendiri dan perniagaan anda.

3. Lakukan Perkara Paling Penting Yang Anda Boleh Lakukan

Tanya diri anda setiap hari soalan ini, ‘Adakah saya melakukan perkara paling penting yang boleh saya lakukan?’ Anda tidak sepatutnya berasa gembira tentang cara anda menghabiskan masa anda melainkan anda merasakan anda sedang menyelesaikan masalah paling penting yang anda boleh lakukan.

4. Lakukan Sesuatu Kerja Itu Dengan Bersungguh-Sungguh

Lakukan segala yang termampu untuk menjadikan impian anda menjadi kenyataan. Bekerja keras untuk mencapai apa yang anda inginkan – tidak mungkin kejayaan tanpa kerja keras. Bersedia untuk melakukan banyak pengorbanan dalam perjalanan mancapai impian anda.

5. Percaya pada Diri Anda dan Tetap Fokus

Jangan pernah meragui kebolehan anda dan jangan sesekali biarkan sesiapa ganggu anda dengan sikap yang negatif. Walau apa pun, kekal fokus tanpa henti untuk mengurus dan meningkatkan nilai perniagaan anda. Berpegang pada kebolehan anda dan percaya pada apa yang anda lakukan. Kekal kuat dalam menghadapi kesusahan dan beringat akan risiko dalam menjalankan sesuatu bisnes. Percaya pada keupayaan anda untuk bergerak mengatasi sebarang cabaran yang mendatangi anda. Gunakan kritikan sebagai batu loncatan untuk memperbaiki perkara yang sedang anda usahakan. Tulis nota terima kasih setiap hari. Kekalkan kepala anda dalam permainan dan anda akan menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

6. Jadilah Fleksibel dan Bersedia Berubah

Jangan terbeban dengan produk lain atau perkara yang sudah berlalu. Lihat produk atau perniagaan anda dengan pandangan dan perspektif yang segar untuk mencari penambahbaikan, peluang atau inovasi radikal.

7. Sedia Hadapi Tekanan

Sebagai seorang usahawan, anda mesti mempunyai visi yang hebat dan keberanian yang tinggi untuk menghadapi tekanan, dalaman dan luaran. Keupayaan anda untuk menghadapi tekanan akan membantu anda kekal pada visi dan matlamat anda.

8. Sentiasa Rendah Diri

Walaupun anda menjadi jutawan, jangan mula membeli barang mewah, kereta mahal dan rumah mewah. Sebaliknya, tumpukan pada mengembangkan syarikat anda.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini